Connect with us

Oh! Media

Meriahkan Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa di Gamuda Cove. Boleh Jumpa Alpaca & Naik Belon Udara Panas!

Branded

Meriahkan Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa di Gamuda Cove. Boleh Jumpa Alpaca & Naik Belon Udara Panas!

“Bosanlah. Weekend ni nak buat apa ea?”

Haaa.. Jomlah pergi Gamuda Cove, ada macam-macam aktiviti menarik yang korang boleh lakukan bersama anak-anak dan kawan hujung minggu ni. 

Gamuda Cove akan memperkenalkan Townsquare Park, sebuah taman yang dikelilingi kehijauan dan juga L’OCCITANE Garden sempena Sambutan Hari Biodiversiti. Menariknya!

Harmony in Diversity: Gamuda Cove x L’OCCITANE

Menariknya kolaborasi ini, korang bukan hanya melihat tanaman hijau. Banyak aktiviti menarik yang akan dianjurkan sepanjang acara ‘Harmony in Diversity’ ni nanti tau!

Tarikh & Hari: 25 Mei (Sabtu) dan 26 Mei (Ahad)
Waktu: 4.00 petang sehingga 9.00 malam

Lokasi: Townsquare Park, Gamuda Cove

Jom Bergambar & Naik Belon Udara Panas

Tak perlu ke Turkiye nak naik belon udara panas, korang datang je ke Harmony in Diversity di Gamuda Cove nanti dan nikmati keindahan pemandangan dari atas.

Kalau gayat tapi nak ambil gambar dengan belon pun boleh, sebab ada cold inflation, di mana korang boleh bergambar dengan latar belakang belon udara. 

Shopping di The Urban People Market

Sambil korang berseronok di acara ni nanti, jangan lupa singgah ke pop up store yang menjual pelbagai barangan unik dan makanan enak. Bolehlah cuci mata dan hilangkan rasa lapar.

Tenangkan diri dengan Park Outdoor Yoga

Nak santai-santai sambil regangkan badan yang ‘keras’? Sertai sesi yoga di Townsquare Park!

Pastikan korang bawa tikar sendiri, takut tikar yang disediakan habis cepat. Tempat terhad, pastikan daftar awal tau!

Upcycle barang terpakai atau buat kombucha? Dua-dua best!

Banyaknya bengkel kemahiran!

Pada yang berminat jangan lupa untuk sertai bengkel kitar tinggi (upcycle) plastik menjadi bahan terpakai atau nak belajar buat minuman probiotik pun boleh dengan sertai bengkel membuat kombucha menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti lavender dan lemon!

Eah ada alpaca dengan burung kakak tua la!

Anak-anak suka haiwan? Jangan lupa bawa mereka ke Harmony in Diversity, di sana nanti ada alpaca yang comel tau!

Selain tu, ada juga pertunjukan burung kakak tua yang comel! Setiap persembahan akan berlangsung selama 15 minit, dengan aksi yang menghiburkan daripada burung pintar ni!

Seronoknya!! Macam Mana Nak Join?

Mesti ramai yang nak tahu macam mana nak join kan? Haaa… ‘Harmony in Diversity’ adalah PERCUMA. Korang hanya perlu daftar di pintu masuk Townsquare Park untuk dapatkan pelekat masuk.

Dengan pelekat ini, korang boleh sertai semua aktiviti. Cuma ada beberapa aktiviti khusus untuk tebus doorgift (stok adalah terhad). Pastikan korang alert tau!

Cara tebus doorgift

Doorgift best, siapa yang tak nak kan? Kalau nak menang ikut cara di bawah:

Langkah 1: Ambil gambar dan daftar masuk di L’OCCITANE Garden, kemudian kongsikannya di media sosial dengan tag @gamudacove @loccitaneMY #GamudaCoveXLOccitaneGarden
Langkah 2: Jawab soalan mudah di papan maklumat Gamuda Park
Langkah 3:Ikuti akaun sosial Gamuda Cove, LocittaneMY dan Gamuda Parks.

Ambil Gambar & Menang Hadiah Menarik!

Korang suka bergambar? Ambil gambar di L’OCCITANE Garden di Townsquare Park dan rebut peluang menang hadiah-hadiah menarik.

Langkah 1: Ambil gambar kreatif di L’OCCITANE Garden di Townsquare Park

Langkah 2: Kemudian muat naik ke Facebook atau Instagram dari 23 Mei hingga 26 Jun 2024

Langkah 3: Sertakan hashtag #GamudaCoveXLOccitaneGarden dan tag @gamudacove

*Pemenang akan diumumkan secara online.

Menangi produk L’OCCITANE dan banyak lagi dengan kitar semula!

Sertai usaha Gamuda Cove memulihara alam sekitar. Bawa barang kitar semula korang ke acara ni dan rebut peluang menang hadiah menarik menerusi cabutan bertuah.

Barangan kitar semula termasuk plastik, kertas, aluminium, dan tin kecantikan kosong. Susun dan masukkan ke dalam kotak dengan label “COVE” untuk peluang cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti produk L’OCCITANE, skuter elektrik  dan produk lestari ESG!

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman rasmi Gamuda Cove atau media sosial mereka di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas