Connect with us

Oh! Media

Line Up Padu Setiap Generasi Termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Bunkface! Ini Cara Korang Boleh Menang Tiket Kepci Music Fest!

Branded

Line Up Padu Setiap Generasi Termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Bunkface! Ini Cara Korang Boleh Menang Tiket Kepci Music Fest!

Sebut je jenama KFC, mesti terus teringat kenikmatan ayam gorengnya yang sedap sehingga menjilat jari. Korang mesti antara salah seorang yang selalu ternanti-nanti menu terbaru dari KFC, kan? 

Dalam tak sedar, KFC dah beroperasi selama lebih 50 tahun dah gais! Teringat balik memori childhood min berebut makan KFC dengan adik beradik. Memang layan!

Psst.. psst.. Meh dekat sikit! Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh masyarakat Malaysia yang sentiasa menyokong KFC sampai ke hari ni. KFC nak belanja korang healing sampai puas dengan bestie dan keluarga! Excited tak nak tahu?

Jom Healing Di Kepci Music Fest! 

Ni ada berita baik yang min nak kongsikan dengan semua peminat kepci! 

Sempena ulangtahun ke-50 KFC Malaysia yang sedap sehingga menjilat jari, korang berpeluang untuk menebus tiket Kepci Music Fest ! Bukan selalu korang dapat enjoy layan muzik sampai puas!

Berbeza dengan pesta muzik yang lain, Kepci Music Fest akan dilakukan di 3 lokasi yang berbeza. Lokasi berbeza, line up pun mestilah berbeza-beza! 

Haa, jangan risau! Meh kami kongsi 3 lokasi Kepci Music Fest dan line up para artis yang akan perform di Kepci Music Fest! At least boleh lah korang start hafal lirik lagu diorang!

Lokasi Pertama: Stadium Malawati, Shah Alam (26 Ogos 2023)

Lokasi Kedua: Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Sabah (6 Oktober 2023)

Lokasi Ketiga: Arena Larkin, Johor Bahru (21 Oktober 2023)

*Lokasi mungkin akan berubah

Kredit gambar: KFC Malaysia

Bukan biasa-biasa lineup artis yang perform dekat Kepci Music Fest ni! Rugi kalau tak pergi!  Korang boleh checkout banner Kepci Music Fest di SINI.

Cepat Dapatkan Set Kepci Music Fest! Beli 1 Set & Tebus 1 E-tiket!

Korang tengah excited nak dapatkan tiket? Tapi nak tahu caranya? Mudah je!

Istimewa sempena Kepci Music Fest, dapatkan e-tiket Kepci Music Fest dengan setiap pembelian Set A, Set B, Set C atau Set D. Tapi, setiap lokasi mempunyai set yang berbeza. So, make sure korang check dulu okay!

Jom usya video ni dulu!

Cara Tebus E-tiket Kepci Music Fest

Langkah 1: Beli mana-mana set Kepci Music Fest

Langkah 2: Muat naik resit di kepcimusicfest.com

Langkah 3: Tebus e-tiket dalam talian menggunakan kod daripada emel pengesahan

Langkah 4: Layan Kepci Music Fest!

Tunggu apa lagi gais! Cepat pergi ke cawangan KFC berhampiran dan borong semua set! Boleh lah sama-sama kita release stres dan enjoy Kepci Music Fest! Jumpa di sana!

Untuk maklumat lanjut, sila layari kepcimusicfest.com

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas