Connect with us

Oh! Media

Lebih Selesa & Senang Bergerak, Skechers Viper Court Memang Sesuai Untuk Sukan Gelanggang & Luar!

Branded

Lebih Selesa & Senang Bergerak, Skechers Viper Court Memang Sesuai Untuk Sukan Gelanggang & Luar!

Siapa dekat sini suka main permainan dalaman seperti badminton, bola baling, atau pickleball, tipulah kalau korang tak pernah alami kecederaan kaki terseliuh betul tak? 

Bukan apa, bila main sukan dalam gelanggang ni, kebarangkalian untuk kita mendapat kecederaan tu agak tinggi disebabkan lantai kesat serta insole kasut yang tak menyokong kestabilan badan. Jadi, pemilihan kasut yang betul tu sangat penting!

Sebab itulah kami nak kongsikan satu koleksi kasut terbaru yang bukan saja sesuai untuk permainan dalaman, malah juga boleh digunakan untuk permainan luar iaitu Skechers Viper Court!

Tampil Lebih Selesa Di Gelanggang Dengan Skechers Viper Court

Kalau korang nak tahu, ini adalah kali pertama Skechers mempromosikan kasut gelanggang di Malaysia iaitu koleksi Skechers Viper Court yang hadir untuk lelaki dan wanita serta direka khas untuk acara sukan indoor.

Apa yang buat kami jatuh cinta dengan koleksi terbaru ini adalah kasut ini direka dengan sistem insole Skechers Arch Fit® yang dipatenkan dengan sokongan lengkungan, menjadikan setiap gerakan akan menjadi lebih kukuh dan stabil. 

Selain itu, koleksi Skechers Viper Court ini juga hadir dengan insole boleh ditanggalkan yang direka mengikut bentuk kaki serta dapat membantu mengurangkan tekanan dan membahagikan bebanan secara sama rata. Macam ni barulah seronok nak guna atas gelanggang!

Lagi best, kusyen kasut dalam koleksi terbaru Skechers ini diperbuat dengan ciri Ultra Flight® yang sangat ringan dan responsif untuk setiap gerakan. Dengan adanya ciri ini, korang tak perlu risau pun kalau nak beraksi di atas lantai gelanggang yang kesat!

Kalau korang selalu tak stabil bila bersukan dalam gelanggang, korang memang kena cuba sendiri pakai Skechers Viper Court ni sebab ia direka dengan ciri Goodyear® Performance Outsole yang memberikan kestabilan serta ketahanan yang dipertingkatkan.

Koleksi Skechers Viper Court ini juga mempunyai pelbagai jenis rekaan menarik dengan rekaan performance court lace-up serta mempunyai corak jaring sintetik yang sangat lawa dan atletik!

Jadi, untuk korang yang tengah mencari kasut untuk bermain sukan dalaman, korang memang kena cuba sendiri keselesaan koleksi Skechers Viper Court ni!

Skechers Invitational Pickleball Tournament Anjuran Pertama, Pro Player Selesa Guna Skechers Viper Court!

Pada 25 dan 26 November baru-baru ini, buat pertama kalinya Skechers Malaysia menganjurkan kejohanan Skechers Invitational Pickleball Tournament yang bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. 

Menariknya, permainan pickleball bukan sahaja menarik minat belia malah, ramai juga warga emas yang turut menyertai dalam sukan ini.

Pertandingan yang dianjurkan oleh SKECHERS ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu Master bagi 50 tahun ke atas dan Open bagi yang berumur 19 sehingga 50 tahun.

Main Seperti Pro Atas Gelanggang Dengan Skechers Viper Court

Fuh, baguskan keluaran koleksi terbaru Skechers Viper Court ni! Bukan saja untuk permainan Pickleball, malah sukan dalaman yang lain seperti Badminton dan Bola Tampar Indoor pun boleh!

Untuk korang yang tengah mencari kasut best untuk digunakan, korang boleh dapatkan koleksi Skechers Viper Court di laman web rasmi Skechers sekarang. 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Skechers atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk mengetahui lebih banyak promosi terkini. 

#SkechersMY #SkechersViperCourt

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas