Connect with us

Oh! Media

Elak Pijak Bahagian Belakang Kasut, Koleksi Skechers Hands Free Slip-ins Ini Lawa & Mudah Untuk Dipakai!

Branded

Elak Pijak Bahagian Belakang Kasut, Koleksi Skechers Hands Free Slip-ins Ini Lawa & Mudah Untuk Dipakai!

Siapa dekat sini selalu pijak bahagian belakang kasut bila tengah nak cepat, kita geng! Maklumlah, kalau nak buka tali kasut tu dah lah makan masa yang lama, nak tunduk lama-lama pun boleh sakit pinggang lagi-lagi untuk wanita mengandung. Tu satu, satu lagi rosak kasut!

Tapi, korang jangan risau sebab kami ada berita gembira nak kongsi dengan korang yang mana lepas ni korang dah tak perlu bersusah payah nak buka tali kasut atau pijak bahagian belakang kasut sebab ada dua koleksi Skechers Slip-ins kami nak kongsikan yang confirm korang akan suka!

Skechers Beri Jaminan Keselesaan Untuk Koleksi Skechers Hands Free Slip-ins Terbaharu Mereka!

Siapa je yang tak kenal dengan jenama kasut terkemuka, Skechers yang selalu hadir dengan rekaan menarik serta mengutamakan keselesaan buat pengguna. 

Kalau korang nak tahu, Skechers adalah The Comfort Technology Company™ yang mereka bentuk serta mengembangkan produk gaya hidup terkenal menerusi gaya inovasi, kualiti, dan keselesaan. Patutlah menjadi rebutan ramai!

Baru-baru ni, mereka tampil dengan koleksi terbaru yang berkonsepkan ‘hands free slip in’ iaitu Skechers Hands Free Slip-ins™ Ultra Flex 3.0 dan Skechers Hands Free Slip-ins™ GOwalk 6™ yang membantu untuk memudahkan korang memakai kasut tanpa perlu tunduk. Fuhh, bunyi macam promosing je! 

Skechers Hands Free Slip-ins™ Ultra Flex 3.0, Rekaan Sporty & Selesa Untuk Kegunaan Lama!

Koleksi pertama, Skechers Hands Free Slip-ins™ Ultra Flex 3.0 ini menampilkan rekaan kait pada bahagian atas kasut serta mempunyai panel tumit ciri Skechers Slip-ins™, membuatkan korang lebih mudah untuk memasukkan tapak kaki ke dalam kasut. Wow, menarik!

Rekaan wanita

Lagi best, kalau korang pakai kasut daripada koleksi ini, korang akan terasa seperti berjalan di awangan sebab ia direka dengan ciri Stretch Fit® yang mengutamakan keselesaan kaki ketika berjalan tau!

Bukan itu saja, untuk korang yang selalu tak selesa dengan tapak dalam kasut, korang jangan risau sebab koleksi ini mempunyai tapak dalam bercirikan Skechers Air-Cooled Memory Foam® yang berkusyen. Jadi, lepas ni seronoklah korang boleh pakai kasut lama-lama!

Rekaan lelaki

Siapa dekat sini selalu terkehel atau tersandung ketika berjalan disebabkan tapak kasut yang kurang sesuai, pastikan korang dapatkan satu kasut daripada koleksi ini sebab ia mempunyai grip tapak yang sangat stabil dan fleksibel. 

Paling penting, kesemua kasut dalam koleksi ini direka dengan menggunakan 100% bahan vegan tau, serta korang boleh basuh kasut Skechers Ultra Flex 3.0 ini menggunakan mesin basuh. Pergh, terbaiklah!

Mudah Disarung & Tampak Casual, Skechers Hands Free Slip-ins™ GOwalk 6™ Pilihan Terbaik!

Untuk koleksi kedua Skechers ini, korang confirm akan suka sebab bukan sahaja ia mempunyai rekaan yang sangat simple dan sporty, malah ianya lebih mudah untuk disarung sebab kasut daripada koleksi ini tidak bertali. Perghh, bestnya tak perlu betulkan tali kasut!

Rekaan wanita

Menariknya, kasut Skechers GOwalk 6™ ini menampilkan bahagian atas mesh rekaan Stretch Fit® yang memudahkan korang untuk menyarung kasut tanpa perlu tunduk atau bongkok. 

Selain itu, rekaan tapak tengah kusyen ULTRA GO® yang ringan serta insole Air-Cooled Goga Mat™ yang membantu memudahkan pengaliran udara menjadikan kasut ini lebih selesa untuk digunakan seharian tanpa perlu membukanya. 

Rekaan lelaki

Kalau korang tanya kami apa yang kami suka dengan koleksi ini, semestinya ciri lapisan insole foam Ortholite® yang menjadikan kusyen kasut tahan lebih lama dan mempunyai tahap kebolehnafasan yang tinggi dengan kandungan getah kitar semula 5% tau. 

Paling best, dengan ciri Hyper Pillars® ultra-ringan lantunan tinggi dan dwiketumpatan tapak luar pada kasut ini menjanjikan kestabilan serta memberi sokongan tambahan ketika korang berjalan. Barulah rasa selamat kalau nak berjalan-jalan!

Untuk korang yang mencari kasut yang boleh dipakai di pelbagai jenis event, kami sarankan korang beli Skechers GOwalk 6™ ni sebab ia mempunyai rekaan sneaker casual tau! Kenapa perlu beli banyak kasut sedangkan korang boleh guna sepasang saja betul tak?

Ayda Jebat & Cha Eun-woo Duta Rasmi Koleksi Skechers Hands Free Slip-ins™

Fuhh, menarik kan rekaan terbaru daripada Skechers ni? Patutlah bergaya semacam Ayda Jebat dan Cha Eun-woo gayakan outfit baru-baru ni!

Cakap tentang Ayda Jebat, korang tahu tak beliau sekarang telah dilantik secara rasmi menjadi duta Skechers? Seriuslah?! 

Jadi, buat peminat-peminat Ayda Jebat, why not korang serbu cawangan Skechers berdekatan sekarang dan dapatkan pelbagai jenis pilihan kasut sebagai tanda sokongan! Barulah dapat jadi ‘Pencuri Hati’ tegar AJ~

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi Skechers Hands Free Slip-ins™ Ultra Flex 3.0 dan Skechers Hands Free Slip-ins™ GOwalk 6™, layari laman web rasmi Skechers atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

#SkechersMY #SkechersSlipIns

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas