Connect with us

Oh! Media

Lebih Gaya Dengan Prestasi Memukau, Lengkapkan Gaya Hidup Dengan HUAWEI nova 9 & WATCH GT 3

Branded

Lebih Gaya Dengan Prestasi Memukau, Lengkapkan Gaya Hidup Dengan HUAWEI nova 9 & WATCH GT 3

HUAWEI merupakan salah satu peneraju teknologi di peringkat global dalam menawarkan peranti terkini yang dapat membantu memberikan kelancaran dalam kehidupan seharian pengguna. 

Dengan idea kesempurnaan dan inovasi yang berterusan, HUAWEI mencipta konsep “1+8+N” dan Strategi Kehidupan AI Seamless bagi memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat melalui kesalinghubungan antara peranti pintar yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Bercakap tentang peranti pintar, HUAWEI baru-baru ini telah memperkenalkan dua produk terbaik di pasaran yang tidak dapat ditandingi, HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT 3. Apa menariknya kedua-dua peranti ni? Let’s check it out!

HUAWEI nova 9 bukan sekadar gaya

1. Reka bentuk yang elegen

Jika dulu telefon pintar hanya ditawarkan dengan warna asas seperti hitam atau putih, kini ia telah berevolusi bagi memenuhi gaya dan persona pengguna. Memahami keinginan pengguna yang mahukan telefon pintar berteknologi tinggi dan estetik, HUAWEI nova 9 hadir bagi memenuhi keinginan pengguna.

Reka bentuk kaca melengkung di bahagian hadapan dan belakang telefon pintar memberikan pegangan padu dan selesa apabila berada di tapak tangan. Walaupun bahagian tepinya juga melengkung ia tidak memberi sebarang masalah untuk menekan butang fizikal pada sisi telefon.

Dengan ketebalan hanya 7.77mm dan berat 175g, nova 9 mudah disimpan dan dibawa ke mana saja, sama ada di dalam poket atau tas tangan. Ia hadir dengan dua warna memukau, Starry Blue dan hitam bagi melengkapkan gaya pengguna.

2. Penanda aras untuk kamera hadapan

Penstriman langsung, vlog atau meeting kini merupakan gaya hidup baru yang memerlukan telefon pintar yang dilengkapi dengan kamera dengan resolusi yang tinggi bagi perkongsian video yang lebih jelas di sosial media.

HUAWEI tak nak korang terlepas keseronokkan tu, jadi menerusi nova 9 ni, ia  dilengkapi dengan kamera hadapan revolusioner 32MP yang luar biasa dan mampu merakam video 4K UltraHD yang menjadikannya sempurna untuk penstriman langsung, vlogging atau mengambil swafoto.

Selalunya nak merakam video menggunakan kamera hadapan agak sukar terutamanya ketika berjalan. Tapi tak perlu risau HUAWEI ada penyelesaian dengan memperkenalkan Penstabilan Video Selfie AIS yang secara drastik dapat mengurangkan gegaran setanding kamera profesional.

Lagi menarik, HUAWEI nova 9 ni turut dilengkapi dengan ciri Mod Pandangan Dwi yang membolehkan korang merakam dengan kedua-dua kamera depan dan belakang utama secara serentak. Lepas ni takde alasan untuk tertinggal momen penting.

Malah dengan fungsi baru, korang boleh menukar mod rakaman dengan satu butang je tanpa perlu menghentikan rakaman sedia ada. Contohnya korang tengah rakam pemandangan dan nak ubah kepada view kamera depan korang hanya perlu tekan butang pada skrin. Mudah kan?!

3. Kamera Ultra Vision 50MP RYYB

Kalau telefon dah canggih, kameranya haruslah mempunyai mempunyai kualiti yang seiring. Barulah lagi best nak digunakan. 

Bagi memadankan kamera hadapan UltraHD 32MP 4K revolusioner. Kamera utama di bahagian belakang HUAWEI nova 9, didatangkan dengan Sistem Kamera Penglihatan Ultra 50MP tercanggih yang memberikan pengalaman menggunakan kamera telefon pintar setanding kamera profesional.

Selain itu, kamera utamanya turut dilengkapi dengan susunan penapis warna RYYB yang dilengkapi dengan kepekaan cahaya yang tinggi, yang membolehkan kamera telefon mengumpul sehingga 40% lebih cahaya bagi memberikan kejelasan imej rakaman yang lebih baik.

HUAWEI nova 9 turut menggunakan teknologi XD Fusion Engine dan teknologi Ultra Vision HDR yang hanya boleh didapati di peranti flagship HUAWEI, ia memberikan teknik fotografi yang canggih untuk meningkatkan perincian dan kualiti imej dengan sangat baik.

Dengan kedua teknologi ini, korang tak perlukan aplikasi tambahan untuk mengedit gambar kerana gambar yang dirakam sama ada panorama, close-up, potret dan rakaman waktu malam mempunyai kualiti social media ready dan boleh terus diupload je tanpa perlu suntingan tambahan.

Bukan itu sahaja, kamera utama HUAWEI nova 9 turut menyokong kualiti video 4K pada 30fps yang membolehkan pengguna merakam momen indah mereka bukan hanya dalam bentuk gambar malah melalui video dan vlog.

4. Terokai dunia dengan Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI HUAWEI nova 9

Ramai masih tersalah anggap kalau guna HUAWEI tiada pilihan aplikasi yang meluas. Korang sebenarnya silap! 

Kini korang tak akan berpisah dengan aplikasi kegemaran. Kalau korang pengguna tegar Line, Telegram, Viber Messenger, WeChat dan Snapchat korang boleh terus download aplikasi ni di HUAWEI AppGallery.

Bagi yang suka gunakan media sosial lain seperti Facebook, Facebook Messenger, Instagram dan Twitter. Cari aplikasi kegemaran korang ni di Petal Search yang korang boleh jumpa di HUAWEI AppGallery kemudian terus download. Senang kan?

Nak guna aplikasi Google? Tiada masalah! Kini dah ada aplikasi sehenti di HUAWEI AppGallery iaitu Gspace.

Gspace mengumpulkan semua aplikasi Google yang korang perlukan seperti Gmail, Peta Google, Foto Google dan banyak lagi. Kalau rasa rimas tiba-tiba ada pop-up, langkau je mesej tu untuk meneruskan akses ke aplikasi Google korang.

Perlukan lebih hiburan? Aplikasi penstriman seperti Viu, iQiyi, YouTube, iFlix dan Netflix semuanya tersedia melalui HUAWEI AppGallery atau Petal Search. Hanya perlu search dan muat turun je.

Muat turun juga permainan kegemaran korang seperti Asphalt 8 Racing Game; permainan bertemakan aksi seperti PUBG Mobile, Mobile Legends dan Modern Combat Versus; permainan berasaskan strategi seperti State of Survival; dan banyak lagi genre permainanan yang menarik di HUAWEI AppGallery. Syoklah!

Gandingkan HUAWEI nova 9 dengan WATCH GT 3

1. HUAWEI WATCH GT 3 bukan sekadar jam biasa

Sekarang ni bukan telefon pintar je penting, malah peranti seperti jam tangan pintar yang mampu menjejak kesihatan pun penting tau. Jadi alang-alang korang ada HUAWEI nova 9, peranti terbaik untuk dipadankan bersama ialah WATCH GT 3. 

Pernah tak korang terlepas panggilan penting daripada client atau bos sebab telefon korang berada dalam mod senyap dan diletakkan di dalam beg? Dengan HUAWEI WATCH GT 3 korang takkan terlepas lagi panggilan dan teks penting kerana ia akan memaparkan panggilan masuk dan mesej melalui skrin jam tangan korang.

Bukan itu je, HUAWEI WATCH GT 3 ni juga, mampu membuat panggilan telefon Bluetooth melalui arahan suara, yang memberikan korang kawalan sepenuhnya ke atas HUAWEI nova 9 melalui jam tangan.

Bagi memberikan pengguna pengalaman meneroka teknologi, HUAWEI melalui inovasi dan penyelidikan berterusan telah meningkatkan ciri-ciri tersedia dalam jam tangannya untuk meningkatkan gaya hidup si pemakai.

Antara salah satu ciri yang menarik ialah, HUAWEI WATCH GT 3 yang dihubungkan bersama nova 9 boleh bertukar menjadi shooter ketika merakam gambar. Bayangkan korang mampu mengawal rakaman gambar melalui pergelangan tangan. Cool kan? 

Kalau korang sambil bersenam suka dengar lagu tapi malas nak bawa telefon, HUAWEI GT 3 juga boleh memainkan playback lagu pada elefon pintar nova 9 korang terus ke jam. Kini, korang bebas menikmati muzik dengan pelbagai gaya.

2. Melengkapkan Semua Gaya Anda

Jam tangan merupakan aksesori yang wajib dipakai tidak kiralah dalam apa jua suasana, tapi nak mencari jam yang mempunyai reka bentuk, ciri dan fungsi yang betul agak sukar.

Tapi korang tak perlu pening-pening cari sebab WATCH GT 3 direka dengan bentuk minimalis dengan mengekalkan semua ciri terbaik untuk melengkapkan fungsi jam tangan. Bukan itu saja, HUAWEI WATCH GT 3 hadir dalam dua varian – 46mm dan 42mm bagi memberikan pengguna pilihan untuk menyesuaikannya dengan gaya mereka.

Kalau itu masih tak cukup, HUAWEI WATCH GT 3 turut mempunyai pilihan tali yang menarik seperti fluoroelastomer hitam untuk WATCH GT 3 46mm dan 42mm, kulit coklat untuk WATCH GT 3 46mm dan kulit putih untuk WATCH GT 3 42mm.

Tak payah nak beli jam tangan yang berbeza untuk rutin harian, dengan tali yang boleh ditukar ganti, korang boleh menikmati saat di gim atau menghadiri mesyuarat perniagaan hanya dengan satu jam tangan.

3. Bateri Tahan Lama

Nak jam tangan pintar dengan bateri tahan lama? HUAWEI WATCH GT 3 untuk korang, ia dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan sehingga tujuh hari bagi HUAWEI Watch GT 3 42mm dan sehingga 14 hari untuk Watch GT 3 46mm. Korang juga boleh pakai jam ni ketika tidur untuk memantau tidur dan kadar Spo2 sepanjang hari tanpa perlu mengecas setiap hari.

Jam pintar ini turut menyokong pengecasan tanpa wayar yang pantas dan pengecasan berbalik hanya dengan memadankannya di belakang telefon pintar HUAWEI tertentu. Ini pastinya lebih memudahkan pengguna sekiranya jam kehabisan bateri.

4. Teman Senaman Sempurna

Macam yang kita tahu, peranti pemantau senaman yang dijual di pasaran bukanlah murah. Tapi dengan keadaan semasa ia telah menjadi satu keperluan bagi membantu memantau kesihatan seharian.

Sebab itulah HUAWEI memperkenalkan HUAWEI WATCH GT 3 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri senaman profesional. Dengan lebih 100 mod senaman seperti berenang, berlari, mendaki gunung, berbasikal, dan juga lompat tali ia membantu korang menjejak aktiviti yang dilakukan dan dapat mengesan perubahan kadar degupan jantung yang meningkat secara drastik.

HUAWEI Watch GT 3 turut menyokong ciri kesihatan dan kecergasan yang diperibadikan, termasuk AI Running Coach dan Healthy Living Shamrock, yang berperanan umpama pembantu kesihatan dan kecergasan untuk pengguna kekal sihat dan aktif.

Nampaknya 2 peranti HUAWEI iaitu nova 9 dan WATCH GT 3 yang padat dengan ciri moden dan tercanggih merupakan pesaing terbaru peranti teknologi dipasaran. Padanan kedua-dua peranti ini pastinya membantu memberikan kelancaran kepada kehidupan korang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI nova 9 korang boleh klik di SINI dan layari pautan HUAWEI WATCH GT 3  untuk info lebih lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI nova 9 dan HUAWEI GT 3, korang boleh layari laman rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada atau terus ke HUAWEI Experience Store berdekatan untuk pengalaman langsung menggunakan peranti ini.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas