Connect with us

Oh! Media

Korang Ada Perumahan Impian? EcoWorld Tawar 3 Township Dengan Pelbagai Kemudahan Khas Untuk Orang Selatan

EcoSouth

Branded

Korang Ada Perumahan Impian? EcoWorld Tawar 3 Township Dengan Pelbagai Kemudahan Khas Untuk Orang Selatan

Kalau sebut tentang township, ramai yang masih tak familiar dengan istilah ini. Township merujuk kepada kawasan perumahan yang dibangunan dengan pelbagai komponen seperti perumahan, komersial, industri dan sebagainya dalam satu kawasan.

Menariknya mengenai township ini, ia dibina berdekatan dengan jaringan utama seperti lebuh raya serta mempunyai pelbagai kemudahan sedia ada. Selalunya township sangat sinonim di kawasan seperti Lembah Klang. Tapi kami baru tahu, di selatan tanah air iaitu di Johor sebenarnya terdapat 3 township yang dibangunkan oleh syarikat pemaju terkenal negara EcoWorld. 

Jom tengok apa yang menarik mengenai township ni, mana tau korang berkenan nak beli rumah atau mungkin kembangkan perniagaan di kawasan ni.

Eco Tropics

Terletak di wilayah ekonomi Iskandar Malaysia, Eco Tropics merupakan kawasan township di Pasir Gudang yang memberikan ketenangan minda buat pemiliknya.

Eco Tropics menawarkan perumahan jenis Co-Home yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur + 2 bilik air beserta 2 tempat letak kereta sebelah menyebelah dan kebun belakang rumah berkeluasan 20 kaki*. 

Kawasan ini mempunyai ciri keselamatan yang tinggi, kawasan sekelilingnya berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan. Tempat ini turut mempunyai keindahan tersendiri dengan Westlake yang hanya terdapat di Eco Tropics dengan keluasan 30 ekar.

Bagi mereka yang berkeluarga, tidak perlu bimbang sebab Eco Tropics berdekatan dengan sekolah rendah serta kalau nak dapatkan keperluan harian, korang boleh ke Lotus’s atau Eco Business Park III.

Kawasan komersial utama di Eco Tropics iaitu Eco Vantage sudah mula beroperai. Eco Vantage merupakan kedai dua ½ tingkat yang sangat sesuai dijadikan ruang perniagaan atau sebagai ruangan bekerja.

Untuk akses ke kawasan ini pula, ia berhubung dengan Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Senai Desaru dan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL).

Hubungi wakil jualan Eco Tropics untuk maklumat lebih lanjut.

Eco Spring

Satu lagi township di Johor yang menarik minat kami ialah Eco Spring yang terletak di Tebrau. Eco Spring diinspirasi daripada seni bina Eropah yang menjadikan tempat ini kelihatan sangat sofistikated dan insta-worthy (ambil gambar kat sini rasa macam di luar negara tau).

Eco Spring menawarkan konsep perumahan eksklusif, Garden Homes yang bercirikan kehijauan. Terdapat ruang seluas 10 kaki* di tepi rumah dan 20 kaki* di belakang rumah. 

Seperti township EcoWorld yang lain, Eco Spring turut menawarkan ciri keselamatan yang tinggi dengan kawasan berpagar dan pengawal. Kawasan ini juga berdekatan dengan kemudahan seperti pusat perubatan, pasar raya, pasar raya besar, sekolah antarabangsa, hab pengangkutan serta institusi pengajian tinggi.

Di Eco Spring, tempat ini menawarkan pusat komersial yang sangat cantik dan menjadi tarikan terutama kepada generasi muda. Terdapat Spring Labs dengan seni bina yang ceria dan memukau serta Eco Palladium, dengan seni bina komersial Eropah.

https://jbcityguide.com/wp-content/uploads/2022/02/DJI_0141e1-1200x615.jpg

Eco Spring mempunyai akses langsung dengan beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL),  Lebuhraya Utara Selatan, dan Lebuhraya Pasir Gudang.

Hubungi wakil jualan Eco Spring untuk maklumat lebih lanjut.

Eco Botanic

Eco Botanic merupakan township terletak di Iskandar Puteri, sebuah bandaraya baru di Johor ia menawarkan konsep perumahan dua tingkat teres dengan 4 bilik dan 3 bilik air. Korang juga tak perlu risau untuk membiarkan anak-anak bermain bebas kerana kawasan ini berpagar dengan kawalan sekuriti.

Malah terdapat juga Backlane Garden seluas 20 kaki*, di mana kanak-kanak boleh menikmati aktiviti luar mereka dengan selamat di zon bebas kereta ini. Ini juga adalah rumah teres dua tingkat terakhir yang dilengkapi dengan taman belakang di Eco Botanic.

Kawasan Eco Botanic, mempunyai akses langsung dengan Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Skudai dan Lebuhraya Pasir Gudang yang meluaskan lagi capaiannya ke Johor Bahru dan Singapura.

Bagi aktiviti komersial di kawasan ini, korang boleh ke Eco Boulevard, pusat komersial yang terletak berdekatan Eco Botanic dan mempunyai rangkaian kedai popular seperti Starbucks, Watsons dan sebagainya.

Jika korang merupakan seorang usahawan dan ingin mengembangkan perniagaan, Eco Botanic merupakan lokasi terbaik,  terbaru satu ruang perniagaan, Eco Galleria (High-Street Mall), telah dibuka dan bersedia menerima kehadiran usahawan untuk mengisi dan memeriahkan perniagaan di situ. 

University of Southampton Malaysia (UoSM) telah menjadi salah satu penyewa utama di Eco Galleria. Ini pastinya memberi bayangan tempat ini bakal menjadi pusat perniagaan yang akan berkembang maju dan mempunyai pelanggan yang spesifik.

Eco Botanic turut berdekatan dengan EduCity dan tarikan terkenal di Johor iaitu Legoland.

Hubungi wakil jualan Eco Botanic untuk maklumat lebih lanjut.

Together We Create bersama EcoWorld

EcoWorld memahami setiap daripada kita mempunyai impian tentang kehidupan yang diimpikan. EcoWorld melancarkan satu kempen dengan konsep unik “Together We Create”, di mana korang boleh mereka masa depan yang diimpikan bersama-sama EcoWorld dalam gaya hidup serba baru.

Konsep “Together We Create” bukan hanya menawarkan projek perumahan semata-mata, ia mempunyai visi EcoWorld yang mahu mencipta satu kehidupan menyenangkan bersama pembeli rumah, mewujudkan komuniti yang saling memahami antara pemilik perniagaan dan paling utama membuka peluang perniagaan kepada lebih ramai usahawan.

Hanya di EcoWorld korang dapat menemui semua yang diinginkan dalam satu tempat. Terokai kehidupan yang diidamkan bersama EcoWorld, untuk maklumat lanjut klik di SINI.

*Tertakluk pada terma & syarat.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas