Connect with us

Oh! Media

Kemudahan Transaksi Walau Di Mana Anda Berada Dengan GoPayz. Gempak Gila Lah! 

Branded

Kemudahan Transaksi Walau Di Mana Anda Berada Dengan GoPayz. Gempak Gila Lah! 

Berita baik untuk korang sebab sekarang GoPayz nak bagi RM5 ganjaran tunai kepada pengguna mereka. Curious tak macam mana nak dapat? Sabar, bagi min explain apa tu GoPayz & apa yang best dengan GoPayz ini. 

Siapa je tak kenal U Mobile, salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka yang menawarkan rangkaian 5G di Malaysia. Tapi korang tahu tak, yang U Mobile ada aplikasi e-wallet sendiri sekarang iaitu GoPayz

Mesti ada antara korang baru first time dengar tentang aplikasi GoPayz ni kan? Sebenarnya, aplikasi GoPayz ini telah lama dilancarkan oleh U Mobile dan dah ada ramai pengguna. 

Jadi, jom min cerita lebih detail.

GoPayz ni ialah aplikasi e-Wallet yang tak sama dengan e-Wallet yang lain. Nak tahu kenapa? Sebab ia menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kewangan digital, hanya dalam satu aplikasi je tau. Rugilah kalau korang tak muat turun sekarang.

Satu Aplikasi, Pelbagai Kegunaan, Mudah Untuk Semua

GoPayz, U Mobile, aplikasi, ewallet, giveaway

Korang tak perlu rasa ragu-ragu sebab GoPayz dah diluluskan dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Korang takut kena scam? Tak selamat? Jangan risau sebab GoPayz sediakan perlindungan dua lapis yang sangat ketat iaitu GoPIN & One-Time Password (OTP) setiap kali korang buat transaksi.

Bukan tu je, GoPayz pun berkerjasama dengan 3 platform pembayaran antarabangsa (Visa, Mastercard & Unionpay). So korang ada lebih banyak pilihan kalau nak buat pembayaran.

Macam min kata awal tadi, aplikasi GoPayz ini bukan biasa-biasa tau. Ada macam-macam perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna dari pelbagai aspek seperti perkhidmatan kewangan digital, gaya hidup, perkhidmatan islamik dan banyak lagi.

GoPayz, U Mobile, aplikasi, ewallet, giveaway, zakat, pelaburan, bayar bil

1. Perkhidmatan Islamik Yang Mudah Dengan GoPayz

Korang tau tak, GoPayz adalah 100% ejen sah yang telah mendapat pengiktirafan daripada Zakat Malaysia dan merupakan e-Wallet dengan bilangan pusat pungutan zakat negeri yang terbanyak di Malaysia dan tersedia untuk pembayaran dalam talian kepada negeri-negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kelantan, Johor, Perlis, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. 

GoPayz turut menyediakan perkhidmatan derma dan wakaf  untuk pengguna supaya niat yang baik ini dapat dilaksanakan. Tak perlu korang nak beratur lagi di kaunter untuk menunaikan ibadah sekarang, sebab semua di hujung jari.  

Guna je Kad Prabayar Visa GoPayz-MAIPK, boleh membuat pembayaran di mana-mana je, siap ada mata ganjaran GoPoinz pulak tu yang boleh ditukarkan secara automatik dan didermakan ke dana wakaf MAIPK. 

GoPayz, U Mobile, aplikasi, ewallet, giveaway, zakat, pelaburan, bayar bil

2. Perkhidmatan Kewangan Digital

Perkhidmatan kewangan digital tersedia di GoPayz termasuk insurans, penukaran mata wang asing online, pelaburan dan lain-lain lagi.  

Sekarang, korang boleh beli insurans seperti insurans kenderaan, insurans perjalanan dan kemalangan diri serta insurans hayat di GoPayz. Jadi, tak perlu takut lagi kalau kena brainwash dengan ejen insurans sebab korang boleh guna je GoPayz, lepastu dah setel dari awal sampai habis. 

Bukan itu je, GoPayz pun ada sediakan perkhidmatan penukaran mata wang asing dengan kadar harga yang berpatutan. Kalau korang nak pelan cuti yang last minit dan takut tak sempat nak buat penukaran mata wang asing, jangan risau, GoPayz boleh bantu. Sebab, korang boleh dapat penghantaran cash  kat rumah korang dalam 3 jam.  

Juga, korang boleh kirimkan wang kepada insan tersayang di luar negara secara mudah dan selamat dengan GoPayz.

Kalau korang nak  buka Takaful, GoPayz pun ada. Korang boleh dapatkan perlindungan Takaful keluarga serendah RM18 je untuk sebulan. Tak perlu kertas kerja yang rumit, hanya perlu jawab soalan mudah tentang kondisi kesihatan diri di aplikasi GoPayz je.

Yang lagi best, korang tak terikat dengan komitmen dan kontrak pun. Jadi, korang ada kebebasan untuk pilih tempoh perlindungan GoTakaful anda untuk melindungi keluarga anda sehingga RM204,000. Ada lagi yang best sebab GoPayz menjaminkan kepuasan tempoh jaminan selama 60 hari untuk korang! 

Ni confirm korang suka sebab tak ada yuran agensi, lepas tu korang boleh pantau sendiri pelaburan korang. Mana lagi nak dapat e-Wallet macam ni, semuanya hanya di GoPayz. 

3. Gaya Hidup Bersama GoPayz

Bayangkan tengah layan bola dekat televisyen, tiba-tiba terpadam. Alaa, ingatkan bekalan elektrik terputus, rupanya lupa bayar bil! Jangan risau, kalau jadi macam ni, GoPayz menyediakan perkhidmatan pembayaran bil utiliti seperti elektrik, air, bil majlis bandaraya, bil telefon, internet, bil langganan TV dan banyak lagi la!

Korang tau tak, korang akan dapat 3 maya kad prabayar (Visa, Mastercard dan UnionPay) secara PERCUMA lepas pendaftaran dan boleh juga apply kad prabayar fizikal. Maksudnya, korang boleh guna 6 kad prabayar ni untuk cashless payment sama ada dekat kedai atau shopping online.

Korang kaki game? Kaki muzik? Dengan GoPayz, semua berkaitan hiburan macam Spotify dan kredit game termasuk Steam Wallet, Garena Shell, Razer Gold, Playstation Network, Playstation Plus dan Gamesberry pun korang boleh top-up dekat sini. Korang hanya perlu bayar dan langgan, semuanya mudah bila ada GoPayz.

Semuanya hanya dihujung jari je, tak perlu susah-susah ke kaunter lagi. Senang kan? 

GoPayz Nak Bagi Duit Secara Percuma 

Ini yang ramai tunggu kan? Macam mana nak dapat RM5 dengan GoPayz. Korang cuma perlu ikut 3 langkah ini:

  • Langkah 3: Nikmati Ganjaran Tunai RM5 dan fungsi eksklusif  

Naik taraf GoPayz anda ke Wallet Premium adalah PERCUMA. Serius ah? Tapi apakah manfaat untuk naik taraf?

GoPayz, U Mobile, aplikasi, ewallet, giveaway, zakat, pelaburan, bayar bil

So, GoPayz Wallet Premium memberi perkhidmatan yang menyeluruh buat korang. Tak ada sekatan untuk semua perkhidmatan. Banyak manfaat yang korang boleh dapat dengan wallet premium ini tau, antaranya: 

  • Saiz wallet yang lebih besar; amaun sehingga RM5000, so korang boleh buat transaksi yang lebih besar dengan lancar, tak perlu sentiasa nak reload!
  • Akses ke perkhidmatan pelaburan. Korang boleh dapat maklumat dana meluas daripada pasukan penyelidik yang profesional dan menjaga pelaburan sendiri tanpa sebarang yuran agensi. 
  • Dapat mengeluarkan tunai secara terus melalui mesin ATM dengan GoPayz fizikal kad prabayar. Tak perlu  risau lagi bila memerlukan tunai segera tapi lupa bawa kad bank!
  • Ingin membeli-belah secara online dari luar negara? Tak ada wang tunai mata wang asing yang cukup bila melancong? Jangan risau! Sebab korang boleh shopping online atau fizikal melalui kad prabayar GoPayz yang membolehkan pembayaran dan transaksi dengan mudah walaupun ada di luar negara.
  • Kirim & minta wang jadi senang. Tak perlu membawa wang tunai bila keluar, sebab pembayaran tanpa tunai amat mudah melalui GoPayz.

Jadi tunggu apa lagi, muat turun aplikasi GoPayz di PlayStore, Apple Store dan Huawei AppGallery. Naik taraf ke Wallet Premium secara percuma je boleh nikmati RM5 ganjaran tunai serta perkhidmatan yang menyeluruh. GoPayz, semua dalam satu aplikasi, semua pun OK!  

Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Maklumat lanjut mengenai GoPayz, layari laman rasmi GoPayz serta ikuti media sosial rasmi GoPayz di Instagram dan Facebook.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas