Connect with us

Oh! Media

Kekal Aktif & Selamat Walaupun Berada Di Rumah Dengan Peranti Boleh Pakai & Audio HUAWEI

HUAWEI band 6

Branded

Kekal Aktif & Selamat Walaupun Berada Di Rumah Dengan Peranti Boleh Pakai & Audio HUAWEI

Hampir 2 tahun ‘berkurung’, ramai diantara kita mula terbiasa dengan kehidupan yang berpusat dari rumah. Ada yang bekerja dari rumah, belajar dari rumah malah bersosial pun dari rumah je!

Bagi melengkapkan diri dengan kebiasaan ini, peranti boleh pakai dan audio telah menjadi trend dan teman setia untuk melakukan aktiviti seharian.

Yelah, nak bersenam kalau ada jam tangan pintar dan fon telinga tanpa wayar, kan lebih menyeronokkan. Bolehlah nak menjejak aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama ada hiburan. 

Kalau korang masih belum memiliki peranti ni tak mengapa, sebab Oh! Media nak kongsikan tawaran hebat HUAWEI pada 25 September ni sempena HUAWEI Wearable dan Audio Day, di mana korang boleh memiliki peranti boleh pakai dan audio HUAWEI pada harga mampu milik.

HUAWEI Band 6 & HUAWEI FreeBuds 4i, kombo WAJIB dimiliki

Kami tahu mesti ramai yang berkira-kira nak mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli peranti begini supaya ia berbaloi dengan wang yang dibayar. Say no more guys

HUAWEI Band 6 dan HUAWEI FreeBuds 4i adalah padanan paling sesuai untuk korang!

HUAWEI Band 6

Bagi korang yang mengamalkan gaya hidup aktif dan nak kekal cergas di rumah, HUAWEI Band 6 menawarkan sehingga 96 mod latihan yang berbeza, mengira kadar degupan jantung, kalori dan banyak lagi. 

Semua data korang kemudian akan disimpan dan dianalisis dalam grafik yang mudah dibaca, jadi korang boleh menjejak aktiviti yang korang lakukan dan menetapkan matlamat untuk memberikan inspirasi.

Selain itu, HUAWEI Band 6 mempunyai hayat bateri sehingga 14 hari, ini pastinya memudahkan korang untuk tak perlu bersusah-payah nak mengecasnya setiap hari. 

Ia turut dilengkapi dengan pengecasan pantas, di mana korang hanya perlukan masa lima minit menggunakan pengecas magnet dan bateri jam pintar ini boleh bertahan untuk 2 hari. 

Takdelah korang terkejar-kejar nak tunggu bateri penuh baru boleh guna semula.

Bukan itu sahaja, HUAWEI Band 6 turut dilengkapi dengan teknologi penjejak kecergasan yang mampu mengesan SpO2 sepanjang hari. 

Ia berfungsi untuk memantau tahap oksigen dalam darah pada setiap masa. Jika paras oksigen korang terlalu rendah, band akan bergetar untuk memberikan isyarat.

HUAWEI FreeBuds 4i

Masa bersenam, kalau korang rasa sunyi dan perlukan hiburan, apa kata korang gunakan HUAWEI FreeBuds 4i.

Sensornya secara aktif mengesan dan mengurangkan kebisingan persekitaran dengan fungsi hingar bunyi. Korang pasti akan terus tenggelam dalam dunia sendiri.

HUAWEI FreeBuds 4i dapat memainkan muzik sehingga 10 jam secara berterusan dengan pengecasan penuh. Teknologi pengecasan pantasnya, memberikan korang penggunaan hingga 4 jam dengan pengecasan 10 minit sahaja. 

Sekiranya HUAWEI Band 6 dan HUAWEI FreeBuds 4i tidak sesuai dengan korang, jangan risau!

HUAWEI ada banyak lagi pilihan peranti boleh pakai dan audio yang korang boleh dapatkan pada HUAWEI Wearable dan Audio Day.

Antara yang perlu ada dalam radar korang:

HUAWEI Watch Fit

Dilengkapi dengan skrin 1.64 inci, GPS dan mod latihan animasi yang lebih besar, korang boleh mulakan senaman pada bila-bila masa, di mana sahaja tanpa perlu mencari video demonstrasi online.

Siri HUAWEI Watch GT

Untuk korang yang suka jam tangan yang bulat, korang boleh memilih  HUAWEI Watch GT 2e, HUAWEI Watch GT 2, dan HUAWEI Watch GT 2 Pro.

Untuk pilihan yang lebih berpatutan, korang boleh memilih HUAWEI Watch GT 2e.

Ingin membuat atau menerima panggilan terus dari jam tangan pintar? Korang boleh memilih HUAWEI Watch GT 2 yang  menyokong ciri panggilan Bluetooth.

Jika mahukan pilihan yang lebih premium pula, HUAWEI Watch GT 2 Pro sesuai untuk korang.

Semua jam tangan pintar ini menyokong sehingga 100 mod senaman yang dapat membantu korang kekal aktif dan bersedia untuk melakukan aktiviti senaman pada bila-bila masa.

Siri HUAWEI Watch 3

HUAWEI WATCH 3 merupakan siri pertama yang dikuasakan oleh Harmony OS.

Korang boleh memuat turun aplikasi terus ke jam tangan melalui HUAWEI AppGallery pada peranti, di mana korang boleh mencari aplikasi pihak ketiga untuk muzik dan kecergasan.

Siri HUAWEI WATCH 3 dilengkapi alat penjejak kecergasan dan menyokong lebih daripada 100 mod latihan.

Ini baru sikit tau, korang boleh semak senarai di bawah untuk pilih peranti boleh guna dan audio yang korang nak beli sempena jualan istimewa pada 925 HUAWEI Wearable dan Audio Day nanti.

Wearable ProductsRRP (RM)Promotion Price* (RM)Free Gifts*
HUAWEI Band 4e11969N/A
HUAWEI Band 6219169N/A
HUAWEI Watch GT 2 (Rose Gold)899559N/A
HUAWEI Watch GT 2 46mm (Black)799698Eco Drinking Straw
HUAWEI Watch GT 2 46mm (Leather Strap)899798HUAWEI EasyFit 2(Gray Blue, Nylon Strap)  
HUAWEI Watch Fit499398Multipurpose spray and wipe
HUAWEI Watch GT 2 Pro1,199999N/A
HUAWEI Watch GT 2e599419N/A

Audio ProductsRRP (RM)Promotion Price* (RM)Free Gifts*
HUAWEI FreeBuds 4599549HUAWEI Band 4
HUAWEI FreeBuds 4i379249HUAWEI FreeBuds 4i cover
HUAWEI FreeBuds Pro699629HUAWEI CM510 Mini Speaker (Emerald Green)
HUAWEI FreeBuds Studio1,199799N/A
HUAWEI x Gentle Monster Eyewear II Black1,799799N/A

Bundle ProductsRRP (RM)Promotion Price* (RM)
HUAWEI FreeBuds 4 + Watch GT 2 (Leather Strap)1,498888
HUAWEI FreeBuds 4i + Band 4e498288
HUAWEI FreeBuds Pro + Watch 3 Pro2,8981,888
HUAWEI Band 6 + FreeBuds 4i598419
HUAWEI Watch GT 2 (Rose Gold) + FreeBuds 41,4981,049
*Tertakluk terma & syarat

Kalau tak guna telefon dan peranti HUAWEI macam mana pula? Yang ni korang tak perlu risau pun sebab peranti boleh pakai dan audio HUAWEI ni boleh disambungkan dengan telefon pintar, komputer dan tablet berlainan jenama yang korang sedang gunakan.

Jom raikan HUAWEI Wearable dan Audio Day bersama!

Macam mana korang? Best tak tawaran HUAWEI ni? Macam ni korang dah tiada alasan lagi nak bermalas-malasan di rumah.

Peranti boleh guna HUAWEI menyokong lebih daripada 96 mod senamam, yang pastinya cukup untuk mengisi waktu korang untuk kekal aktif. 

Dengan julat harga daripada mampu milik kepada premium, kini sesiapa saja mampu memiliki teman ketika bersenam dan mendengar lagu.

Jadi tunggu apa lagi, set tarikh korang pada 25 September nanti, kerana tawaran ni hanya sehari je tau.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI Wearable dan Audio Day Store Online korang boleh layari HUAWEI Store Online, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada, nak lebih mudah muat turun aplikasi rasmi HUAWEI, My HUAWEI App.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas