Connect with us

Oh! Media

Isi Minyak, Beli Makanan & Minuman Semua Boleh Setel Dalam Kereta Dengan Selamat & Dapat Bonus Sehingga RM300, Ini Caranya…

Branded

Isi Minyak, Beli Makanan & Minuman Semua Boleh Setel Dalam Kereta Dengan Selamat & Dapat Bonus Sehingga RM300, Ini Caranya…

Sejak wujudnya aplikasi Setel ni, memang selalu isi minyak dekat stesen PETRONAS. Mesti ramai yang dah guna Setel sebab kita boleh isi minyak kereta tanpa perlu beratur panjang dekat kaunter lagi. Sesuai sangat waktu pandemik sekarang ni.

Kalau korang nak tahu, Setel dah tambah satu lagi ciri menarik iaitu Deliver2Me yang membolehkan kita beli barang terpilih yang ada dekat Kedai Mesra dan krew PETRONAS akan hantar terus barang yang dibeli ke kenderaan kita. Menarik kan? Tak payah susah-susah cari parkir dan beratur lagi lepas ni.

Ohmedia dah cuba sendiri Deliver2Me dan terbukti sangat cepat dan lebih selamat

Korang bayangkan, kita hanya perlu parkir kereta dekat pam petrol dan dari dalam kereta kita boleh guna Setel dan pilih amaun petrol yang kita nak isi. Sebelum buat pembayaran, kita boleh beli makanan atau minuman yang tersedia melalui Deliver2Me. Kemudian lakukan pembayaran dan jangan lupa untuk masukkan nombor plat kereta korang untuk mudahkan krew PETRONAS hantar barang ke kereta mengikut nombor plat kereta yang diisi.

Servis Deliver2Me ini memang sangat membantu untuk mereka yang sentiasa nak cepat macam Ohmedia ni atau ibu bapa dengan anak-anak kecil.

Aplikasi Setel selamat digunakan di stesen minyak

Setel selamat digunakan dalam kereta walaupun berada di stesen minyak. Garis panduan keselamatan semuanya ada dalam aplikasi Setel ni dan korang boleh lihat cara selamat menggunakannya.

Tak perlu bawa Kad Mesra & ganjaran dikreditkan secara automatik

Mata ganjaran akan masuk secara automatik dalam aplikasi Setel. Tak payah guna kad fizikal tu lagi. Setakat ni, korang dah boleh guna Deliver2Me di 30 stesen PETRONAS di Lembah Klang dan mereka yang berada di luar kawasan jangan risau sebab masih boleh lakukan pembayaran minyak petrol di lebih 1,000 stesen PETRONAS seluruh negara.

Setel nak bagi kredit Setel sehingga RM300?

Kita patut ajak keluarga dan kawan-kawan kita untuk gunakan Setel bersama ciri Deliver2Me. Setel juga akan masukkan kredit sebanyak RM15 untuk setiap 3 orang yang menggunakan kod korang. 

Kalau korang berjaya dapatkan 30 orang maksimum, Setel akan tambah lagi RM150 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM300. Wow! Jimat duit minyak untuk 1 bulan, hehe. Tempoh promosi dari 27 Okt hingga 31 Dis 2020. Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.setel.my/promotions/raf3-get15/ (Tertakluk Terma & Syarat).

Korang boleh dapatkan terus aplikasi Setel di Google Play atau App Store di sini.  #DahSetel #Setelje #LebihSelamatDenganSetel

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas