Connect with us

Oh! Media

Grab Memperkenalkan Podcast Mini – Menyingkap Perjalanan Atlet Wanita Negara

Ohmedia grab X Lw Om

Branded

Grab Memperkenalkan Podcast Mini – Menyingkap Perjalanan Atlet Wanita Negara

Atlet wanita negara sering diraikan kerana pingat dan pencapaian mereka, tetapi apa yang membawa mereka ke tahap itu selalunya hanya diketahui oleh mereka sendiri. 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan Liga Wanita Nasional (LWN), Grab Malaysia memperkenalkan siri podcast mini di bawah inisiatif #SisBoleh dengan menampilkan atlet-atlet wanita berpengaruh negara. 

Secara adanya, melalui inisiatif #SisBoleh, Grab Malaysia telah lama memberikan fokus kepada ekonomi inklusif dengan meningkatkan keselamatan, mengubah stereotaip, dan menjana lebih banyak peluang pendapatan untuk wanita.

Siri podcast mini ini menampilkan perbualan sebenar dunia sukan antara hos Steffi Sarge Kaur (Steffi Sidhu) bersama tiga ikon sukan negara iaitu Pandelela Rinong, Syaidatul Afifah dan Aimi Iwasaki. 

Bila Atlet Wanita Akhirnya Bercakap Terus Dari Hati

Siri podcast mini ini membawa penonton menyelami sisi lain atlet yang jarang didengar, merangkumi rutin latihan harian mereka, cabaran yang dihadapi dan kejayaan yang dicapai melalui keazaman yang tidak pernah luntur.

(Pandalela Rinong – Atlet terjun negara)

(Aimi Iwasaki – Triatlet berprestasi tinggi)

(Syaidatul Afifah – Jaguh bowling Malaysia)

Pandelela, Aimi dan Syaidatul berkongsi pengalaman sebenar,  refleksi peribadi dan keazaman yang membentuk siapa mereka hari ini. Usaha ini selari dengan inisiatif  #SisBoleh yang memperkasakan wanita dalam pelbagai bidang.

Ilmu, Keyakinan Dan Keazaman Wanita Terus Diperkasa Melalui #SisBoleh


Podcast ini bukan satu-satunya langkah Grab dalam memperkasa wanita. Melalui program #SisBoleh Kuasai Kewangan bersama Aisya Rahman, Grab membantu wanita memahami dan mengurus kewangan dengan cara yang praktikal. 

Siri #SisBoleh Untold Stories pula mengangkat kisah rakan-rakan Grab wanita yang membina semula hidup mereka dengan ketabahan dan keazaman. Setiap inisiatif ini memperkukuhkan misi Grab untuk memastikan wanita di Malaysia mendapat ruang, sokongan dan pengiktirafan yang sepatutnya.

Tunjuk Sokongan Untuk Liga Wanita Nasional

Kerjasama ini sejajar dalam misi Grab mengangkat sukan wanita ke hadapan, dengan Liga Wanita Nasional (LWN) menjadi platform utama bakat baharu untuk menyerlah. 

Final LWN 2025 bakal berlangsung pada 27 dan 28 Disember dan boleh ditonton secara langsung melalui saluran YouTube rasmi mereka di www.youtube.com/@LigaWanitaNasional

Ini masa terbaik untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia menyokong perjalanan atlet wanita tempatan dan bersama mengembangkan ekosistem sukan wanita negara.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas