Connect with us

Oh! Media

Gagal Ke IPTA? Ini Kolej No 1 Bagi Pelajar B40, Ada Bantuan Biasiswa Dan Kemudahan Penginapan

Branded

Gagal Ke IPTA? Ini Kolej No 1 Bagi Pelajar B40, Ada Bantuan Biasiswa Dan Kemudahan Penginapan

Selain Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) turut menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kedua-dua institusi ini mempunyai kualiti tersendiri untuk menjamin kejayaan para pelajar.

Tetapi, bagi pelajar yang gagal ke IPTA, mereka tentu terbeban memikirkan kos pengajian yang lebih tinggi di IPTS berbanding IPTA.

Memahami perkara itu, Kolej Mont Royale yang bertempat di Sri Hartamas Kuala Lumpur menawarkan beberapa bantuan untuk para pelajar. Kalau anda nak tahu, kolej ini merupakan kolej nombor satu bagi pelajar kategori B40 di Malaysia!

Antara bantuan yang ditawarkan di Kolej Mont Royale adalah;

Bantuan Biasiswa Pendidikan

1. Biasiswa Keluarga B40

Mendapat sokongan penuh daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kolej Mont Royale telah mengeluarkan biasiswa berjumlah RM2,027,678.00 bagi semua pelajar daripada golongan B40 yang telah berdaftar pada tahun 2015-2019.

2. Biasiswa Pelajar Cemerlang

Pelajar yang mendapat keputusan 5A ke atas di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menerima biasiswa penuh serta yuran pembelajaran ditanggung sepenuhnya Kolej Mont Royale.

3. Biasiswa Prihatin Covid-19

Selain itu, Kolej Mont Royale membantu pelajar dan keluarga terjejas akibat pandemik melalui tawaran Biasiswa Prihatin Covid-19. Hampir RM800,000.00 telah dibelanjakan dan memberi manfaat kepada kira-kira 300 buah keluarga untuk pembelajaran anak-anak sepanjang tahun 2020-2021.

4. Bantuan Kewangan Pelajar

Bantuan Kewangan Pelajar adalah khas untuk pelajar yang mengalami kemalangan dan masalah kesihatan yang kritikal. Bantuan ini akan dihulurkan kepada ibu/bapa/penjaga pelajar yang terlibat.

5. Biasiswa Khas Pelajar Kematian Ibu Bapa Akibat Covid-19

Pelajar yang kehilangan ibu atau bapa akibat dijangkiti Covid-19 akan menerima biasiswa penuh iaitu semua yuran pembelajaran pelajar akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kolej Mont Royale sepanjang pengajian pelajar.

Kemudahan Penginapan dan Bas (Subsidi)

Bukan setakat biasiswa je, pelajar dapat menikmati subsidi kemudahan penginapan dan bas sepanjang tempoh pengajian.

Ini menjadikan kolej ini satu-satunya IPTS yang prihatin di Malaysia memberi biasiswa dari segi kemudahan penginapan dan bas kepada pelajar. Wah!

Penarafan MyQUEST 5 Bintang

Yang paling penting, Kolej Mont Royale dapat pengiktirafan 5 bintang dalam penarafan MyQUEST 2018/2019 oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ini membuktikan kolej telah menunjukkan prestasi yang baik dan menepati penanda aras yang ditetapkan KPT bagi Quality Management System (QMS).

Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan pula, seramai 93% graduan dapat kerja yang baik dalam bidang masing-masing manakala 7% menjadi usahawan. Pendek kata, graduan kelahiran Kolej Mont Royale berkualiti dan berjaya menempatkan diri dalam sektor awam serta swasta.

Jadi, tak ada alasan tak sambung belajar walau gagal ke IPTA kan? Banyak lagi peluang menanti pelajar-pelajar yang berusaha untuk berjaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kolej Mont Royale, anda boleh melayari laman web www.montroyale.edu.my atau ke Facebook, Instagram dan TikTok Kolej Mont Royale.

Sebarang pertanyaan boleh emel, Whatsapp atau telefon butiran berikut;

Email: [email protected]

WhatsApp: 016-2017572

Phone: +603-62117570

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas