Sebut je autoshow motorsport pastinya membuatkan peminatnya ternanti-nanti. Mana taknya, masa nilah boleh tengok lagi dekat kereta dan motor yang diubahsuai paling unik dan padu. Kepada peminat kelab M4NTAP, kali ini, mereka kembali dengan festival terbesar dalam sejarah penubuhan kelab mereka.
Kalau sebelum ni boleh tengok di laman sosial atau dari jauh je di litar, bila berlangsungnya autoshow, peminat boleh lebih memahami mengenai kenderaan konsep selain teknologi terkini berkaitan motosport. Bagi mereka yang belum mengenali siapa M4NTAP, mereka merupakan antara kelab permotoran yang paling popular dalam kalangan pemilik BMW M dan juga dalam arena permotoran rekreasi.
Paling syok, kali ni selain aktiviti Track day yang selalu mereka anjurkan, ada juga autoshow dan festival muzik EDM terbesar yang akan menggegarkan Litar Sepang tak lama lagi! Bukan itu sahaja, cuba tengok apa yang akan membuatkan korang bakal teruja untuk ke Litar Sepang 5 dan 6 Ogos ini.
Ini 6 sebab korang kena ke M4NTAP Festival
1. Tampilkan DJ terkemuka masa kini
DJ yang akan menghiburkan pengunjung festival ini terdiri dari Top 100 DJ paling popular di peringkat antarabangsa seperti Ferry Corsten, Vinai, Dash Berlin, Dubvision, Super8 & Tab dan Sick Individual.
2.Line up paling ramai di Litar Sepang dalam 1 dekad
Barisan selebriti yang ditampilkan untuk menggegarkan festival ini adalah paling ramai dalam jangka masa 10 tahun di Litar Sepang.
Seramai 6 DJ ternama antarabangsa, 4 DJ tempatan dan 2 artis hip hop tempatan akan beraksi sepanjang festival ini.
3.Acara unik 4 dalam 1, memang M4NTAP
M4NTAP Festival ini menggabungkan festival muzik trackday sebanyak 120 kereta terpantas di Malaysia, Thailand dan Singapura, acara ‘drift’ dari geng Distrix14 dan autoshow dalam satu acara.
Sebanyak 120 kereta track, 30 kereta autoshow, 20 kereta drift, 13 percubaan memecahkan Malaysia Books of Records dan barisan selebriti antarabangsa dan tempatan.
4.Perlumbaan Time Attack M4NTAP Terulung di Malaysia
Buat julung kali, M4NTAP membuka pintu untuk bertanding di Litar Sepang bagi takhta Kereta ‘Road Legal’ Terpantas di Litar Sepang. Kenderaan sepert Nissan GTR dari ATS, Toyota Supra dari RSF Performance, BMW M4 dari M4NTAP, Honda FK8R dari Awesome Racing Team akan berentap bagi mendapat gelaran KING OF SEPANG dan tempat di dalam Malaysia Book of Records.
5.Pameran BMW paling rare (dan ada elemen ‘surprise’)
Acara ini juga akan mempamerkan kereta BMW yang paling rare untuk dipertontonkan kepada pengunjung. Antaranya BMW XM serba baharu, G87 M2, G80 M3 dan G82 M4 X Drive, termasuklah 1/800 BMW M4 GTS
Tidak lupa juga pameran kereta dari Yokohama Tires yang akan membawa beberapa kereta unik mereka iaitu FK8R, CRX dan lain lain lagi.
Kenalah datang sendiri guys, bukan selalu boleh tengok depan mata macam ni.
6. Pertunjukan Drift dari Distrix14
Pengunjung akan dapat menyaksikan secara live pertunjukan drift dari pasukan drift terkemuka di Malaysia, Distrix14 dengan lebih 20 kenderaan drift. Pengunjung juga berpeluang untuk ‘Taxi Ride’ bersama kenderaan drift ini.
Jom ke M4NTAP Festival pada 5 dan 6 Ogos 2023 (Sabtu & Ahad) bermula jam 5 petang hingga 2 pagi. Jangan lupa dapatkan tiket di SINI. Untuk info terkini dan maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi M4NTAP Festival dan jangan lupa follow Facebook M4NTAP sekarang!