Connect with us

Oh! Media

Diskaun Tak Masuk Akal Sempena Akhir Tahun. Ini Barangan HUAWEI Yang Korang WAJIB Miliki!

Branded

Diskaun Tak Masuk Akal Sempena Akhir Tahun. Ini Barangan HUAWEI Yang Korang WAJIB Miliki!

Pejam celik, pejam celik, kita dah nak dekat ke penghujung tahun 2021. Tahu tak apa maksudnya? Haa, maksudnya korang boleh nikmati bermacam-macam jenis sales yang gila-gila! 

Kali ni, team Oh! Media nak share dengan korang sales yang hanya berlaku setahun sekali je iaitu HUAWEI Better Together 2022!

Korang boleh dapatkan macam-macam peranti terkini seperti, komputer riba, tablet, barangan boleh pakai dan banyak lagi pada harga murah tau! Ini kami senaraikan peranti selepas diskaun yang korang WAJIB miliki! 

Luaskan Pandangan Dengan HUAWEI Vision S

Bila hujung tahun je mesti ramai yang balik kampung untuk luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Tapi, untuk yang tak berkesempatan berjumpa secara fizikal tu, korang tak payah risau, dapatkan je HUAWEI Vision S ni, confirm puas nak video call dengan HUAWEI MeeTime!

HUAWEI Vision S yang bersaiz 55 inci bukan sahaja besar, malah hadir dengan visual yang berkualiti serta audio yang sangat jelas tau! Bukan setakat video call je, korang nak tengok movie ke atau main video game pun puas! 
Haa, korang boleh dapatkan HUAWEI Vision S ni di HUAWEI Better Together 2022 pada harga RM2,999 beserta HUAWEI WiFi AX3 Dual Core sebagai hadiah percuma atau boleh dapatkan Vision S 65 inci pada harga RM3,999 dengan rebat RM500. Menariknya!

Gambar Yang Lebih Jelas Daripada HUAWEI nova 9

Kalau korang mencari telefon pintar yang boleh menghasilkan video dan gambar berkualiti tinggi serta boleh cas dalam masa yang singkat, HUAWEI nova 9 adalah yang terbaik untuk korang!

Hadir dengan teknologi 66W HUAWEI Supercharge, korang dah tak perlu risau lagi untuk tunggu lama sampai bateri telefon korang penuh. Dengan HUAWEI nova 9 ni, ia hanya memerlukan 38 minit je untuk cas bateri sepenuhnya. Wow! Sekejapnya!

Selain itu, ia turut hadir dengan kamera 50MP serta mempunyai filter berwarna RYYB yang membolehkan hasil gambar korang lebih jelas dan cantik. Ia juga mempunyai kamera dual view untuk memudahkan lagi korang untuk rekod lebih banyak video. 

Kalau korang dapatkan HUAWEI nova 9 ni di HUAWEI Better Together 2022, korang berpeluang untuk dapat HUAWEI FreeLace secara percuma tau. Tunggu apa lagi, cepat dapatkan sekarang!

HUAWEI MateBook 14s Memudahkan Kerja Multitasking

Untuk korang yang single dan berjauhan daripada keluarga, korang janganlah sedih-sedih, dapatkan je HUAWEI MateBook 14s sebagai peneman korang. 

Dengan kelajuan 90Hz serta 2.5K HUAWEI FullView display, korang boleh hilangkan sunyi korang dengan menonton movie atau bermain video game di laptop dengan kepuasan yang maksimum! 

Bukan itu sahaja, laptop ini turut hadir dengan processor yang terbaik iaitu Intel H-Series yang mana dapat memudahkan korang untuk siapkan kerja dengan lebih pantas! 

Lagipun, HUAWEI Matebook 14s ni adalah laptop pertama yang menyokong aplikasi mobil menerusi HUAWEI Mobile App Engine yang mana korang boleh gunakan aplikasi daripada telefon pintar dan bermain video game daripada telefon pintar menerusi laptop je! Seriuslah?

Korang boleh dapatkan laptop ni dengan harga RM4,999 di HUAWEI Better Together 2022 dan berpeluang dapat hadiah percuma yang bernilai sehingga RM1,366 tau termasuk HUAWEI Freebuds Pro(pada tempoh tertentu), setahun langganan Office 365, beg laptop HUAWEI dan tetikus bluetooth HUAWEI. Banyaknya!

Berkongsi Peranti Tanpa Masalah Dengan MatePad 11

Untuk korang yang tengah cari tablet visual yang smooth dengan kadar segar semula 120Hz, mempunyai pembesar suara yang jelas dan boleh link antara komputer riba dan tablet, HUAWEI MatePad 11 adalah tablet yang terbaik!

Menariknya, lepas korang tangkap gambar menggunakan HUAWEI nova 9, korang boleh hantar gambar ke tablet dengan HUAWEI Share tau, siap boleh edit terus di tablet menggunakan HUAWEI M-Pencil Second Generation pula tu! Haa, lepas ni senanglah kerja korang nak edit gambar nanti.

Korang boleh dapatkan tablet ni pada harga RM1,999 di HUAWEI Better Together 2022 dan berpeluang membawa pulang barangan percuma termasuk papan kekunci smart magnetic dan M-Pencil second generation yang bernilai sehingga RM998 tau! Wow!

Jejak Kadar Oksigen Dalam Badan Lebih Mudah Dengan HUAWEI Watch GT 3

Untuk yang selalu tangguh nak bersenam tu, korang patut dapatkan HUAWEI GT 3 ni sebab bukan sahaja dapat galakkan korang untuk buat bermacam jenis senaman, tapi ia juga boleh pantau kadar degupan jantung dan oksigen dalam badan tau! Wow!

Lagi best, korang tak payah risau kalau tiba-tiba dapat panggilan telefon atau mesej masa korang tengah bersenam sebab HUAWEI Watch GT 3 ni hadir dengan panggilan Bluetooth dan boleh terima notifikasi mesej hanya menerusi jam je. Fuhh, memang terbaiklah!

Serendah RM999 je, korang boleh dapat jam pintar yang mempunyai lebih daripada 100 mod senaman, bateri yang mampu bertahan selama 14 hari serta dapat pantau tahap kesihatan korang!

Peluang Menangi Lebih Banyak Hadiah Menarik

Selain daripada peranti di atas ni, korang juga boleh dapat penjimatan hebat dengan peranti yang lebih banyak daripada HUAWEI di promosi HUAWEI Better Together 2022 pada deals yang terbaik!

Tambahan, korang juga boleh dapatkan barangan percuma, rebat tunai segera, diskaun HUAWEI Care sehingga 40%, rebat 100% dalam bentuk baucar Lazada daripada HUAWEI Cloud dan hadiah eksklusif Gift Box dengan setiap pembelian di kedai HUAWEI Experience! Cepat, rebut peluang ni!

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti HUAWEI dan promosi HUAWEI Better Together 2022, korang boleh klik di SINI. Korang juga boleh pergi ke HUAWEI Experience Store atau layari HUAWEI Store Online untuk maklumat lanjut.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas