Connect with us

Oh! Media

Dah Tak Macam Dulu Dah, Apa Yang Dulu Okay Untuk Dikongsi, Tapi Sekarang, Alahai..

Branded

Dah Tak Macam Dulu Dah, Apa Yang Dulu Okay Untuk Dikongsi, Tapi Sekarang, Alahai..

Orang Malaysia cukup terkenal dengan sifat peramah, beradab, bertatasusila dan berbudi bahasa. Kiranya orang kita memang antara yang paling harmoni dan bersatu-padu di dunia.

Kita juga cukup terkenal dengan sifat berkongsi apa sahaja yang dirasakan baik untuk dikongsi tanpa mengira orang yang dikenali ataupun tidak. “Suami tak boleh kongsi!”, kata seorang isteri dalam hati, haha! Tapi, sekarang berbeza, banyak perkara yang perlu kita elakkan dari berkongsi.

Kongsi makanan & minuman

Berkongsi makanan memang menyeronokkan bila kita dapat nikmati hidangan yang berbeza. Teringat zaman sekolah dulu bila masing-masing bawa bekal sendiri dari rumah dan masa rehat kita tukar-tukar makanan dengan kawan. Situasi ni masih sama bila kita dah masuk alam pekerjaan.

Sekarang agak berbeza, kalau boleh elakkan dari berkongsi makanan dan minuman dengan kawan-kawan. Apatah lagi kalau korang nak kongsi sudu atau penyedut minuman yang tengah guna tu dekat orang lain.

Berkongsi kereta

Pada waktu sekarang, kita masih boleh berkongsi kereta dengan kawan-kawan untuk pergi ke tempat kerja, lagipun ini antara cara untuk berjimat. Tapi pastikan mereka yang naik kenderaan kita adalah kawan serumah. Elak naik kereta bersama kawan yang duduk berlainan tempat, ini akan meningkatkan lagi risiko jangkitan sebab kita tak tahu aktiviti atau pergaulan mereka bila tak bersama kita.

Bro, pinjam powerbank sekejap

Ini memang selalu berlaku bila kita lepak mamak dengan kawan, haha! Bukan taknak bagi pinjam, tapi bawalah powerbank sendiri weh! Tapi macam Ohmedia kata, rakyat Malaysia suka berkongsi, jadi walaupun berat tetap bagi kawan pinjam. 

Pada waktu pandemik ni, rasanya kita masih boleh berkongsi juga. Tapi jangan lupa sembur dengan sanitizer dulu ok! Maklumlah, barang-barang macam powerbank, telefon pintar atau vape inilah yang paling banyak virus tanpa kita sedar sebab kita selalu pegang.

Bercakap soal vape, amboi! Geram betul Ohmedia tengok korang dekat mamak main tukar-tukar vape dengan kawan. Korang tahu tak, berapa banyak virus dekat benda tu lepas korang tukar mulut ke mulut? Lepas tu boleh pula vape tu korang kongsi lepas sorang, yang lain pula cuba. 

Kalau bukan sebab pandemik pun, beragaklah gais. Lagi sedih bila ada yang sanggup hisap vape kawan dari beli sendiri punya. Kan lebih baik kalau korang beli pod sendiri dan elakkanlah dari berkongsi-kongsi ni. Tak salah nak rasa flavor kawan-kawan, tapi bukan sekarang, beli sendiri je guys!

Tapi apa yang uniknya Kardinal Stick berbanding yang lain di pasaran? Kardinal Stick ini dicipta penuh inovatif dengan teknologi terkehadapan untuk memastikan kepuasan kepada penggunanya. Dengan ciri tanpa butang dan sangat responsif kepada, setiap sedutan akan mengaktifkan device untuk menghasilkan vapour, seakan rokok.

Ia juga mempunyai pilihan flavour untuk POD anda selain dilengkapi pod berkapasiti 2ml untuk e-liquid. 

Antara ciri  keselamatan yang ada pada Kardinal Stick inia adalah adanya amaran kesihatan atau Health Alert System yang akan ingatkan pengguna kalau dah sedut lebih 12 pam dalam masa 5 minit.

Selalu ‘potong stim’ bila nak guna tapi bateri habis kan? Jangan risau sebab Kardinal Stick ini mempunyai bateri yang tahan selama 24 jam, paling best, hanya perlu 40 minit untuk dicas sepenuhnya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk alternatif terbaik boleh terus ke www.kardinalstick.com

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas