Connect with us

Oh! Media

Ciri Kamera Potret Telefoto Berikan Hasil Seakan Profesional. Hanya Dengan Siri OPPO Reno10 Terbaru, Tawaran Pembelian Awal Sehingga RM1390!

Branded

Ciri Kamera Potret Telefoto Berikan Hasil Seakan Profesional. Hanya Dengan Siri OPPO Reno10 Terbaru, Tawaran Pembelian Awal Sehingga RM1390!

Ada tak dekat sini yang jenis suka bergambar? Kalau pergi bercuti ataupun buat sesuatu kerja mesti kena bergambar. Kalau tak bergambar, kira tak lengkap untuk hari tu. Kiranya korang ni sama je perangai dengan kami. Kita geng! 

Bila dah bergambar, mesti kita nak gambar tu lawa kan. Nak yang kurang noiselah,cahaya on pointlah, portrait mesti clear punya. Haih, macam-macam benda nak dimintanya. Tapi wujud ke telefon pintar yang mampu memenuhi semua citarasa pecinta fotografi. Jangan risau, telefon bimbit dari OPPO tak pernah mengecewakan.

OPPO Malaysia telah melancarkan peranti baru dibawah OPPO Reno10 Series 5G. Kali ni, bukan 1  tapi ada 3 jenis pilihan telefon yang korang boleh dapatkan iaitu Reno10 Pro+ 5G, Reno10 Pro 5G, dan Reno10 5G. Fuh, betul-betul all out ini! 

Telefon pintar Reno10 series 5G ini memberi pengalaman yang berbeza buat pengguna terutamanya semasa mengunakan kamera. Oleh sebab itu, siri Oppo Reno10 5G diposisikan sebagai portrait expert. 

OPPO Beri Nafas Baru Dalam Mobile Fotografi Dengan Siri Reno10

Siri OPPO Reno10 kali ini lebih menfokuskan pada aspek fotografi yang menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia. Ia turut menjadi penanda aras baru dalam kalangan penggemar mobile fotografi.

Untuk edisi Reno10 Pro+ 5G, ia dilengkapi dengan pemprosesan gambar yang canggih. Dengan penggunaan Snapdragon® 8+ generasi pertama, memberi ketelitian semasa bergambar sehingga prosesan gambar dijaga, ia menghasilkan kualiti gambar yang sempurna dan memukau. 

Ini disebabkan kebolehan peranti memberi kekuatan penuh pada ISP dan GPU telefon serta memaksimumkan prestasi sensor yang meningkatkan tahap kejelasan imej, cahaya, bayang, warna dan kualiti gambar yang sempurna terutamanya semasa gambar potrait. Dah tak perlu nak edit gambar lagi, lepas snap boleh post terus kat social media. 

OPPO, OPPO Reno10 Pro+ 5G, Kamera, Kamera Telefoto, Telefon Pintar

OPPO, OPPO Reno10 Pro+ 5G, Kamera, Kamera Telefoto, Telefon Pintar

OPPO juga turut menambah baik dari segi lensa kamera pada siri OPPO Reno10 yang mampu memberikan kualiti gambar yang lebih jelas.

OPPO Reno10 Pro+ 5G dilengkapi dengan lensa kamera telefoto 64MP yang merupakan megapiksel tertinggi berbanding dengan siri OPPO Reno10 yang lain. Selain dilengkapi sensor ½ inci yang membantu mengekalkan sensitivity warna pada gambar yang ditangkap.  

OPPO, OPPO Reno10 Pro+ 5G, Kamera, Kamera Telefoto, Telefon Pintar

Reno10 Pro+ 5G turut mempunyai 3 kali optical zoom dengan kadar maksimum aperture f/2.5. Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan zoom 6 kali ultra-jelas bersama kualiti optikal.

Telefon pintar ini membolehkan pengguna menangkap gambar potret jarak dekat dengan sangat baik. Ia memberi pengalaman pengunaan kamera telefon dengan lebih optimum dan bebas dengan kreativiti pengguna.

Kamera Reno10 Pro+ 5G Mampu Buat Korang Terpaku

OPPO, OPPO Reno10 Pro+ 5G, Kamera, Kamera Telefoto, Telefon Pintar

Bukan itu saja, telefon pintar Reno10 Pro+ 5G dilengkapi dengan kamera utama Ultra-clear sebesar 50MP. Kamera pada peranti ini dilengkapi dengan 1/1.56 inci IMX890 sensor, aperture f/1.8 dan All Pixel Omni-Direction PDAF. 

Selain itu, ia turut mempunyai kamera Ultra-Wide-Angle seluas  112° 8MP dengan sensor Sony IMX355 dan disokong dengan sistem anti facial distortion algorithms. Gambar view pemandangan, confirm lawa! Lebih menarik lagi, feature ini dapat digunakan untuk gambar potrait. Barulah lain daripada yang lain.

OPPO, OPPO Reno10 Pro+ 5G, Kamera, Kamera Telefoto, Telefon Pintar

Bagi mode rakaman, OPPO Reno10 Pro+ 5G menyediakan pelbagai ciri pengimejan yang mengagumkan seperti mode video Pro-Potret dan video malam Ultra 4K/4K Ultra HDR Video yang menghasilkan gambar dan rakaman yang sempurna serta disokong dengan sistem OIS. Jadi tak perlu risau sekiranya korang shaking semasa merakan, hasil video akan tetap maintain dan stabil. 

Siri OPPO Reno10 Peranti Paling Ringan Dan Nipis Di Pasaran

OPPO, OPPO Reno10 Pro+ 5G, Kamera, Kamera Telefoto, Telefon Pintar

Untuk siri kali ini, OPPO hadir dengan reka bentuk peranti yang lebih menarik dan mampu memberi keselesaan kepada pengguna. 

Reno10 Pro+ 5G direka dengan berat 194g dan berketebalan 8.28mm membuatkan peranti yang dilengkapi kamera telefoto ini paling nipis dan ringan di pasaran kini. Reka bentuk telefon badan melengkung 3D yang direka dengan teliti bagi memberi keselesaan yang lebih baik dan cengkaman yang lebih mudah. Memang bestlah untuk dipegang dan dibawa kemana-mana sahaja. 

Bagi skrin pula, Reno10 Pro+ 5G menggunakan skrin 3D AMOLED yang mempunyai paparan besar serta disokong dengan kadar segera semula pada 120HZ. Peranti ini boleh didapati dalam 2 jenis warna iaitu glossy purple dan silvery grey. 

Nikmati Tawaran Harga Dan Hadiah Yang Menarik Di Roadshow OPPO Julai Ini. 

OPPO, OPPO Reno10 Pro+ 5G, Kamera, Kamera Telefoto, Telefon Pintar

Untuk makluman korang, telefon pintar siri OPPO Reno10 ini akan mula dijual pada 15 Julai ini tau. Korang boleh dapatkan telefon pintar ini pada harga: 

  1. OPPO Reno10 Pro+ 5G (12GB + 256GB) -RM3,499
  1. OPPO Reno10 Pro 5G (12GB + 256GB) -RM2,199
  1. OPPO Reno10 5G (8GB + 256GB) – RM1,799

Selain itu, OPPO Malaysia akan mengadakan roadshow siri OPPO Reno10 bertempat di KLCC Centre Court pada 12 Julai hingga 17 Julai. Korang boleh merasai pengalaman menggunakan telefon pintar siri OPPO Reno10 ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti korang di sana.

Bagi korang yang menghadirkan diri ke roadshow, berpeluang merasai pengalaman seperti di angkasa bersama Siri OPPO Reno10. Merasai kecanggihan menggunakan kamera telefoto Siri Reno10, mengetahui lebih berkaitan pengecasan pantas dengan 100W SuperVOOC yang dinaik taraf oleh OPPO dan juga melihat sendiri perbezaan hasil gambar yang ditangkap menggunakan kamera siri OPPO Reno10. 

Dengan merasai keseluruhan program dan aktiviti yang dijalankan, korang boleh mendapatkan skrin protector dan kopi secara percuma. Pastikan korang mendapat stamp bagi setiap aktiviti yang korang join semasa berada di sana.

Bagi korang yang ingin mendapatkan siri OPPO Reno10 ini, boleh membuat pembelian di roadshow tersebut pada 15 Julai ini. Terdapat pelbagai tawaran menarik untuk korang yang membeli siri OPPO Reno10 tau. Korang boleh dapat hadiah percuma sehingga RM1390 tau. Fuhh, beli telefon siap ada hadiah free, berbaloi betul! 

Antara tawaran menarik yang disediakan adalah: 

  1. OPPO Reno10 Pro+ 5G (12GB + 256GB) Glossy Purple/ Silvery Grey

Hadiah Percuma Bernilai RM1390 :

(OPPO Enco Air3, Akses Percuma KLIA Plaza Premium Lounge, Percuma 1 Tahun Skrin Protection, Percuma 1 Tahun Extended Warranty, Reno Phone Case, Ollie Stand, Baucar Eksklusif Viu, Printer, Tumbler dan Bag siri OPPO Reno) 

  1. OPPO Reno10 Pro 5G (12GB + 256GB) Glossy Purple/ Silvery Grey

Hadiah Percuma Bernilai RM1000: 

(Bluetooth Speaker, OPPO Enco Buds2, Percuma 1 Tahun Skrin Protection, Percuma 1 Tahun Extended Warranty, Reno Phone Case, Ollie Stand, Baucar Eksklusif Viu, Printer, Tumbler dan Bag siri OPPO Reno)

  1. OPPO Reno10 5G (12GB + 256GB) Ice Blue/ Silvery Grey

Hadiah Percuma Bernilai RM732: 

(Bluetooth Speaker, Percuma 1 Tahun Extended Warranty, Reno Phone Case, Ollie Stand, Baucar Eksklusif Viu, Printer, Tumbler dan Bag siri OPPO Reno) 

Sekiranya korang tak sempat untuk membeli telefon siri OPPO Reno10 pada roadshow kalini, korang juga boleh mendapat tawaran menarik melalui first sale promo tau. Promosi ini dijalankan bermula dari 15 Julai sehingga 13 Ogos 2023. 

Tawaran menarik untuk first sale promo: 

  1. OPPO Reno10 Pro+ 5G (12GB + 256GB) 

Hadiah Percuma Bernilai RM697 :

(OPPO Enco Air3, Akses Percuma KLIA Plaza Premium Lounge dan Percuma 1 Tahun Extended Warranty) 

  1. OPPO Reno10 Pro 5G (12GB + 256GB) 

Hadiah Percuma Bernilai RM377: 

(OPPO Enco Buds2, Pelan Perlindungan Skrin dan Percuma 1 Tahun Extended Warranty)

  1. OPPO Reno10 5G (12GB + 256GB)Hadiah Percuma Bernilai RM238: 

(Bluetooth Speaker dan Percuma 1 Tahun Extended Warranty) 

OPPO, OPPO Reno10 Pro+ 5G, Kamera, Kamera Telefoto, Telefon Pintar

Jadi pastikan korang tidak terlepas tawaran menarik yang disediakan buat korang semua tau. Save the date pada 15 Julai ini.

Jom Sertai Contest Dan Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM1799. 

Korang tahu tak yang korang berpeluang mendapatkan siri OPPO Reno10 secara percuma. Macam mana nak dapat? Senang sangat, korang cuma perlu menghasilkan gambar yang terbaik mengguna peranti siri Reno10 yang ada di roadshow. Contest ini dibuka dari 12 Julai sehingga 17 Julai. Ianya terbuka buat semua pengunjung yang hadir ke roadshow OPPO di KLCC.  

Pastikan korang post hasil gambar yang diambil di laman sosial Instagram berserta #OPPOReno10Series5GKLCC dan #ThePotraitExpert. Bagi melengkapkan penyertaan, korang perlu print hasil gambar di booth. 

Lebih dari 5 hadiah yang menarik menanti pemenang tau, antaranya: 

  1. Gambar Telefoto Terbaik Berdasarkan Hasil Undian Pengunjung  (3 Pemenang) – Menangi OPPO Reno10 5G bernilai RM1,799
  1. Gambar Potret Terbaik (3 Pemenang) – Menangi OPPO Air Pad 4+64 bernilai RM1,099
  1. Saguhati (4 Pemenang) – Menangi Enco Air3 bernilai RM249

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan roadshow serta terms dan syarat contest, tekan link di SINI.
Tunggu apa lagi, dapatkan peranti terbaru Siri OPPO Reno10 di stokis OPPO berdekatan ataupun secara online. Bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan Siri OPPO Reno10, layari laman rasmi OPPO.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas