Connect with us

Oh! Media

OPPO Buat Hal Lagi! Tawaran Hadiah Bernilai RM218 Serta Inovasi Terbaru OPPO A98 5G!

OPPO A98 5G

Branded

OPPO Buat Hal Lagi! Tawaran Hadiah Bernilai RM218 Serta Inovasi Terbaru OPPO A98 5G!

Dekat pasaran sekarang ni, dah ada banyak jenis peranti yang menawarkan pelbagai ciri yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan sampai pening kita nak pilih betul tak? 

Namun, satu-satunya jenama yang tak pernah gagal menghasilkan inovasi terbaik sepanjang zaman akan melancarkan siri terbaru yang CONFIRM akan buat ramai berebut untuk dapatkan.

Jenama yang kami maksudkan, tak lain tak bukan OPPO yang mana mereka hadir dengan siri OPPO A98 5G yang diletakkan sebagai ‘A-volusi Kualiti Untuk Semua’ disebabkan rekaannya memberikan ciri-ciri hebat menerusi inovasi terbaru OPPO.

Kalau korang nak tahu apakah antara ciri menarik yang OPPO bawakan kali ini, jom kami kongsi!

Hadir Dengan Tawaran & Hadiah Menarik, Ini Cara OPPO Spoil Korang

Siapa dekat sini dah lama jadi pengguna setia OPPO atau baru saja jadi sebahagian daripada keluarga OPPO, ini lah masanya untuk korang nikmati pelbagai tawaran dan hadiah menarik daripada mereka!

Kalau korang nak tahu, OPPO akan mengeluarkan siri terbaru, OPPO A98 5G tak lama saja lagi. Jadi, untuk korang yang dah eyeing pada peranti ini, OPPO nak bagi hadiah PERCUMA bernilai RM218 apabila siri terbaru ini sah dijual pada Jumaat, 19 Mei 2023! Bestnya!

Lagi best, hadiah tersebut juga termasuk OPPO True Wireless Earbuds serta jaminan waranti 2 tahun tau! Perghh, sumpah tak chill!

Tawaran ini hanya boleh dinikmati di My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Kedai Dalam Talian Sah OPPO, Rakan Kongsi Kedai Rangkaian, rakan kongsi E-comm dan rakan kongsi telekomunikasi. Jadi, korang jangan lepaskan peluang okay?!

Lagi best, eksklusif untuk korang yang menjadi ahli My OPPO, korang akan menerima baucar ganjaran tambahan daripada Baskin Robbins, Zus Coffee dan Secret Recipe kalau korang beli OPPO A98 5G ni tau! Semua tawaran hebat ini boleh ditebus melalui Aplikasi My OPPO.

5 Sebab Kenapa Berbaloi Untuk Dapatkan OPPO A98 5G

Dalam kami cerita tawaran hebat OPPO, mesti ada yang tertanya, apakah antara feature terbaru menarik yang ada pada siri terbaru OPPO A98 5G ni betul tak? Kalau nak tahu, jom kami kongsikan! 

1. Dikuatkuasakan Dengan Tahanan Bateri Yang Lebih Lama Serta Pengecasan Pantas!

Antara masalah yang selalu dialami oleh rata-rata pengguna telefon bimbit adalah bateri cepat habis. Dah lah cepat habis, nak tunggu cas sampai penuh pun lambat…

Dengan OPPO A98 5G, korang dah tak perlu risau dengan semua masalah ini sebab peranti ini dilengkapi dengan bateri sebesar 5,000mAh serta 67W SUPERVOCTM tau. Fuhh, bagusnya!

Ia juga mempunyai enjin kesihatan bateri eksklusif yang dapat memanjangkan jangka hayat bateri untuk memastikan peranti dapat berfungsi dengan lebih baik serta dapat digunakan pada kapasiti maksimum dan lebih lama. No wonder OPPO antara peranti terbaik dalam pasaran!

2. Simpan Gambar & Video Berkapisiti Tinggi Tanpa Perlu Risau Storan Penuh

Siapa masa hari Raya haritu terpaksa delete banyak gambar lama sebab nak tangkap gambar dan rakam video baru, kita geng! Kah, kah, kah nak buat macam mana, storan selalu penuh!

Tapi, korang tahu tak kalau korang dapatkan OPPO A98 5G ni, korang tak perlu pun nak delete semua gambar dan video lama sebab ia hadir dengan storan 8GB RAM dan 256GB ROM tau! Wah, besar juga!

Kalau korang nak tahu, pengembangan RAM OPPO kini telah dinaik taraf dan menyokong sehingga 8GB RAM serta ia menyokong pengembangan kad SD sehingga 1TB. Terbaiklah! 

Jadi, lepas ni tak jadi masalah kalau korang nak simpan banyak gambar dan video yang beresolusi tinggi! 

3. Paparan Lebih ‘Smooth’, Kini Tonton Video & Main Permainan Video Tanpa Lag! 

Kalau korang jenis selalu main video game atau binge-watch drama, mesti korang pernah alami masalah lagging dan telefon menjadi panas betul tak? Kami boleh katakan kebanyakkan peranti di pasaran semua alami perkara yang sama kecuali OPPO A98 5G! Seriuslah?

Apa yang bagusnya dengan OPPO A98 5G ni adalah ia mempunyai kadar segar semula ultra tinggi 120Hz yang akan melakukan beberapa pergerakan sepantas kilat untuk memastikan apa yang korang lihat pada skrin kelihatan lebih lancar! Biar betul?! 

Lagi best, ia dibina dengan kadar bingkai penyesuaian 6 peringkat yang mampu untuk kekalkan suhu sejuk pada peranti untuk penggunaan kuasa rendah dan kesan visual yang maksimum. 

Siapa yang kaki game dan drama tu, ini adalah peranti yang tepat untuk korang!

4. Diuji Daya Ketahanan Di Makmal OPPO, Diperakui Mampu Bertahan Lebih Lama

Kebanyakan peranti dalam pasaran sekarang ni sangat fragile dan perlukan pengawasan 200% untuk memastikan peranti kekal cantik. Tipulah kalau korang kata korang tak pernah tukar skrin protector banyak kali dan beli banyak casing phone betul tak?

Lepas ni, korang dah tak perlu risau tentang ketahanan peranti sebab OPPO A98 5G telah lulus lengkap ujian kelancaran 48 bulan di makmal OPPO yang mana ia boleh digunakan pada jangka masa yang lama. Yakin je~

Kalau korang tak percaya, OPPO A98 5G ni telah melalui beberapa ujian ketahanan yang paling ketat di makmal, termasuk lebih 100,000 ujian kualiti yang direka untuk memastikan ia bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian tau. Bagusnya!

5. Saing Kamera Profesional, Kamera OPPO A98 5G Mampu Hasilkan Kualiti Terbaik

Bila beli peranti, antara perkara yang akan kita tengok terlebih dahulu adalah kualiti kamera. Percaya ataupun tidak, kamera OPPO A98 5G mampu untuk bersaing dengan kamera profesional tau. Seriuslah?!

Menariknya, OPPO A98 5G hadir dengan kamera utama 64MP, kamera Depth 2MP dan lensa mikro 2MP yang boleh dizoom sehingga 40 kali ganda tau. Fulamak, kaw-kaw inovasi terbaru OPPO ni! 

Disebabkan kamera utama mempunyai definisi tinggi 64MP, ia mampu menyelesaikan imej ultra tinggi dan algoritma resolusi super, serta menghasilkan imej beresolusi tinggi yang boleh dibina semula dengan menggunakan anjakan sub piksel antara photo frames yang pelbagai. 

Paling best, kamera OPPO A98 5G ini juga boleh menyelesaikan berbilang bingkai VD yang boleh digunakan untuk mensintesis foto definisi super tinggi 108MP. Wow, ini yang kita mahukan! 

Kalau korang tengah mencari kamera profesional, say no more! Dapatkan saja OPPO A98 5G!

Nikmati Pengalaman Yang Lebih Mengasyikkan Dengan OPPO A98 5G

Haa, kami dah listkan ciri-ciri OPPO A98 5G dan kenapa ia berbaloi untuk didapatkan. Jadi, korang tunggu apa lagi, jangan lupa untuk dapatkan peranti terbaik abad ni tau! 

Cool Black
Dreamy Blue

Hadir dengan dua warna yang premium iaitu Dreamy Blue dan Cool Black, tak dinafikan OPPO A98 5G ni sangat sesuai pada trend semasa. 

Untuk maklumat lanjut tentang OPPO A98 5G, layari laman web rasmi OPPO Malaysia, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas