Connect with us

Oh! Media

Cara Menang Bekalan Kasut Setahun Dengan Berjalan. Jom Join?

skechers go walk 6

Branded

Cara Menang Bekalan Kasut Setahun Dengan Berjalan. Jom Join?

Seharian bekerja dari rumah sejak sekian lama, berat badan pun makin naik. Mood pula tak menentu. Tiba masa untuk bergerak lebih cergas! Tak perlu berbelanja lebih untuk keperluan yang mahal pun, cuma pakaian selesa, sarung kasut, dah boleh keluar berjalan sekitar kejiranan!

Tapi, kasut apa yang selesa untuk berjalan? Sebut saja Skechers mesti ramai dah tahu mengenai keselesaan kasut mereka. Yang terbaru, Skechers keluarkan siri kasut GOwalk 6 dengan inovasi terkini untuk keselesaan korang ketika berjalan.

Apa istimewanya GOwalk 6?

Skechers GO walk 6
Kredit photo: @niena_azman

GOwalk 6 ini menggabungkan Ultra GO® kusyen pada bahagian tengah tapak kaki dengan Hyper Pillars yang ultra-ringan. Hyper Pillars yang boleh dilihat dari luar tapak kasut, bahagian ini dibina dengan gelembung Hyperburst™ yang meningkatkan pengembalian tenaga. Jadi, setiap langkah korang pun jadi semakin selesa.

Skechers GO walk 6 poster

Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun pun turut diberi perhatian Skechers. Jangan risau sebab GOwalk 6 ini turut dilengkapi Air Cooled Goga Mat™ insole yang tidak berkuap. Walaupun kasut bertutup, kaki tetap boleh ‘bernafas’, tak rasa panas pun. Pakai lama pun tetap selesa.

Skechers go walk 6 zoom in
Kredit foto: @idraki.idrus

Skechers GOwalk 6 kini boleh didapati secara online di Skechers Official Store, Lazada dan juga Shopee. Order je, terus sampai depan rumah! Sempena pelancaran siri GOwalk 6 ni, pembeli akan menerima diskaun RM50 untuk siri ini jika dibeli secara online. *Tertakluk terma & syarat.

Tak ada mood la jalan-jalan…

Skechers Friendship Walk 2021

Kenapa nak kena jalan-jalan? Eh, mestilah ada sesuatu yang istimewa untuk korang yang nak mulakan gaya hidup lebih sihat! Sebabnya Skechers anjurkan Skechers Friendship Walk 2021 Online Edition PERCUMA untuk korang lebih motivasi bergerak dan berjalan lebih banyak setiap hari.

Acara untuk kali keempat ini berlangsung dari 30 Julai hingga 19 September 2021. Nak sertainya pun mudah, korang hanya perlu rekodkan langkah terkumpul korang pada fitness tracker atau pada aplikasi dalam masa ditetapkan. Mestilah lebih semangat bila ada cabaran macam ni kan? 

Lebih semangat bila boleh ajak ahli keluarga dan rakan-rakan untuk join sekali, bolehlah cabar sesama sendiri siapa lagi tinggi jumlah langkah masing-masing. Dah macam game show! Lagi best, Skechers juga tawarkan ganjaran untuk mereka yang menyertai tau.

Selepas mendaftar, kesemua peserta akan menerima e-baucar Skechers eksklusif 20% untuk kasut, beg dan pakaian harga normal. Dengan pembelian Premium Pack berharga RM40 (penyertaan, T-shirt & medal acara), peserta akan nikmati baucar diskaun 30% untuk kasut, beg dan pakaian harga normal.

Medal, tshirt Skechers Friendship Walk 2021

Terdapat kategori untuk dipilih iaitu 5,000 langkah (purata 358 langkah sehari, 50,000 (purata 3,572 sehari), 75,000 (purata 5,358 sehari) dan 100,000 (purata 7,143 sehari) untuk dipilih mengikut kemampuan masing-masing.

Dengan mencapai jumlah langkah ditetapkan mengikut kategori, peserta juga akan menikmati diskaun 30% diskaun untuk kasut GOwalk 6 dan 40% diskaun jika mendaftar untuk Premium Pack. Banyak tu!

Boleh menang bekalan kasut Skechers setahun!

Bukan tu je, peserta juga berpeluang menang sepasang kasut Skechers GOwalk 6 dengan menyertai peraduan foto di Facebook HeyJom. Hanya perlu berkongsi gambar korang ketika berjalan, like dan kongsikan pos terbabit. Jangan lupa tag Skechers, 2 rakan dan hashtag berkaitan. Untuk peserta dengan Premium Pack akan mendapat peluang memenangi bekalan kasut Skechers selama setahun! Rebut peluang ini dengan menghantar keputusan korang kepada pihak penganjur. Tertakluk terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skechers Friendship Walk 2021 Online Edition seperti syarat-syarat dan pendaftaran, boleh lawati laman web DI SINI. Apa tunggu lagi guys, jom mulakan berjalan sekarang!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas