Connect with us

Oh! Media

Cara Lindungi Diri, Keluarga Tanpa Pembayaran Tunai, Manfaat Sehingga RM100,000

Branded

Cara Lindungi Diri, Keluarga Tanpa Pembayaran Tunai, Manfaat Sehingga RM100,000

Nak ambil insurans /takaful sekarang tak perlu bayar secara tunai? Biar betul?  Ye, betul guys, sekarang kita boleh bayar guna caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) je. Sebabnya KWSP bekerjasama dengan Etiqa untuk melindungi ahli KWSP untuk masa tidak dijangka. Jom kami kongsikan macam mana korang boleh dilindungi!

Etiqa Term Secure Insurance & Etiqa Term Secure Takaful 

Dengan perlindungan manfaat kematian dan hilang upaya ini, penama atau  waris akan mendapat pampasan  sehingga RM100,000 untuk kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK) disebabkan kemalangan atau penyakit.

Jika ada beranggapan bayaran diperlukan tentunya mahal apabila dibandingkan dengan manfaat diperoleh, ternyata sangkaan itu tidak tepat. Perlindungan ini hanya memerlukan bayaran dari RM200 untuk setahun*.

Apa yang lebih memudahkan, pembayaran premium/sumbangan akan ditolak melalui i-Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara online di portal i-Lindung KWSP. Jadi, anda tidak perlu risau mengenai tambahan komitmen bulanan dengan perlindungan ini.

Tak perlu pemeriksaan kesihatan

Perlindungan ini juga dijamin lulus tanpa perlu menjalani pemeriksaan perubatan oleh pihak bertauliah. Terdapat dua jenis perlindungan iaitu konvensional dan takaful untuk memberi pelanggan kebebasan memilihnya.

Produk ini dipasarkan dalam bentuk unit. 1 unit bersamaan perlindungan sebanyak RM5,000. Maksimum penyertaan adalah 20 unit.

Jumlah unitKos (RM)Perlindungan (RM)
1105,000
22020,000
515075,000
20 (Maksimum)200100,000
Jadual Kos Setahun Etiqa Term Secure Insurance dan Etiqa Term Secure Takaful

Etiqa Critical Care Insurance & Etiqa Critical Care Takaful 

Walaupun sudah berusaha menjaga kesihatan dan pemakanan seharian, penyakit kritikal masih boleh datang tanpa diundang. Apa perlu buat sebelum penyakit-penyakit ini membuat korang terlantar di katil? Tidak terlalu awal untuk melanggan Etiqa Critical Care Insurance/Takaful ini.

Produk ini memberi perlindungan untuk 39 penyakit mengancam nyawa seperti kanser, strok, serangan jantung dan sebagainya. Dengan perlindungan ini, pesakit tidak perlu runsing memikirkan kos perubatan, perbelanjaan keluarga dan komitmen bulanan ketika masih sihat. Hanya dari RM30* setahun, pelanggan akan menikmati perlindungan RM50,000 apabila musibah menimpa.

Untuk melanggan juga tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan. Sangat mudah kerana korang hanya perlu menjawab 3 soalan untuk melengkapkan penyertaan.

Tanpa bayaran tunai

Sama juga seperti perlindungan manfaat kematian & hilang upaya, perlindungan penyakit kronik ini juga tidak memerlukan pembayaran tunai. Sebaliknya, pembayaran premium atau sumbangan akan dibuat melalui penolakan terus i-Akaun 2 KWSP secara online di portal i-Lindung KWSP menerusi (Member) portal i-Akaun.

Produk ini juga dipasarkan dalam bentuk unit. 1 unit bersamaan perlindungan sebanyak RM5,000. Maksimum untuk setiap pendaftaran adalah 10 unit setiap pelanggan.

Jumlah unitKos (RM)Jumlah (RM)
135,000
2610,000
51525,000
10 (Maksimum)3050,000
Jadual Kos Setahun Etiqa Critical Care Insurance dan Etiqa Critical Care Takaful

Kesemua 4 produk perlindungan Etiqa ini layak dimohon oleh rakyat Malaysia yang  mempunyai akaun KWSP dengan baki Akaun 2 yang mencukupi. Untuk melindungi diri dan keluarga, klik website Etiqa untuk Etiqa Term Secure Insurance/Takaful dan Etiqa Critical Care Insurance/Takaful dan melanggan sebelum terlambat.

*Tertakluk pada terma & syarat.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas