Connect with us

Oh! Media

splashmania slide

Branded

SplashMania: 3 Slide Baru Korang Wajib Cuba, Tiket Masuk Ada Harga Promo!

SplashMania dengan keluarga jom? Slide semua dah buka kan? Sana-sini bermacam-macam aktiviti diatur untuk meluangkan masa bersama keluarga termasuklah bergembira bermain air di SplashMania.

Tapi, mesti ada banyak slide, mana yang kena cuba kalau ke sana? Haa, jom kami share 3 slide baru buka paling syok korang boleh layan bila ke sana. Bukan biasa-biasa tau slide kat SplashMania ni.

Atlantis VR

splashmania atlantis

Slide Atlantis VR ni adalah slide virtual realiti pertama di Malaysia. Slide ini sepanjang 250 meter di mana korang akan dibawa melalui kisah perjalanan kota yang hilang, Atlantis.

Masuk je slide ni, korang akan berada dalam pelampung rakit bulat seramai 2-4 orang. Bila pakai VR headset, korang akan alami sendiri perubahan suasana dan pengalaman hasil teknologi elektromagnetic. 

splashmania vr

Senang cerita, korang akan dibawa travel ke tahun 9600 Sebelum Masihi. Wow, mesti menarik kan? Excited je nak cuba slide yang ada VR sekali ni. 2 dalam 1 gitu, sesuai untuk keluarga atau kawan-kawan.

Monsta

splashmania monsta

Korang memang jiwa kelajuan? Slide ni memang untuk korang! Alami keterujaan kelajuan dengan slide Monsta ini yang akan bawa korang berputar dalam slide berbentuk mangkuk.

Bila start je naik slide ni terus memecut laju dan kemudian perlahan-lahan kelajuan berkurang. Rider kemudian akan berputaran dalam slide berbentuk mangkuk ini beberapa kali sebelum keluar di tengah-tengah. 

Paling best dan mengujakan, last sekali ada terjunan bebas ke udara (free fall) menuju ke pool! Teruja tak nak try guys??

Twista

splashmania twista

Pengunjung yang mencuba slide Twista ini akan merasa sendiri lonjakan adrenalin apabila menggelongsor pada gelongsor bersudut curam, memang lajulah cerita dia!

Setiap bot akan dijatuhkan dan menyelam ke dalam slide Twista ini. Bagi korang yang sukakan cabaran dan sentiasa dahagakan benda baru, slide ni wajib korang try di SplashMania, susah didapati taman tema lain, alang-alang datang, jomlah try semua!

Beli tiket masuk Splashmania online lebih jimat

splashmania aerial

Dengan pembukaan 3 slide baru, ini bermakna kesemua slide dalam SplashMania dibuka sepenuhnya. Jom tempah tiket masuk secara online sekarang! 

Untuk tempahan online, harga tiket dijual bermula pada harga RM81 sahaja. Harga tiket ini akan berubah mengikut musim dan permintaan.

splashmania

Tiket dijual di pintu masuk pada harga RM95 untuk kanak-kanak dan RM125 (dewasa). Untuk menikmati harga lebih jimat, dicadangkan korang beli secara online untuk harga lebih murah yang bergantung kepada hari pilihan ke sana.

Harga tiket ini juga termasuk foto digital yang merakam detik-detik korang bermain air bersama keluarga yang menggunakan teknologi pengecaman wajah. Foto digital ini boleh dimuat turun dari GP Play App.

Kalau nak tahu, SplashMania ini akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Julai 2023 ini, jom beramai-ramai nanti! Untuk hari pelancaran rasmi berkenaan, tiket hanya dijual secara online sahaja dan tidak boleh dibeli secara walk-in. Jadi jangan lupa tempah online dulu guys! Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi mereka DI SINI.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas