Connect with us

Oh! Media

Mee Goreng Rendang ‘Legenda’ Inspirasi Lagu Ratu Jazz Negara

Branded

Mee Goreng Rendang ‘Legenda’ Inspirasi Lagu Ratu Jazz Negara

Antara hidangan tradisional yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia adalah rendang. Biarpun rendang dihidang semasa hari perayaan bangsa Melayu iaitu Hari Raya Aidilfitri, tetapi hidangan ini juga merupakan hidangan etnik rakyat berbilang kaum.

Oleh kerana itu, Mamee Chef telah memudahkan anda untuk menikmati rasa asli dan legenda rendang pada bila-bila masa diperlukan dalam bungkusan pek baharu Mi Goreng Rendang Legenda.

Lebih menarik, Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda ini juga diinspirasikan oleh lagu ikonik, Dato’ Sheila Majid berjudul Legenda untuk menggambarkan rasanya yang asli serta autentik.

Bukan saja dapat menikmati rasa rendang, malah Mamee Chef Mi Goreng Rendang juga dilengkapi dengan Kruk Kruk (bawang goreng) dan hirisan cili dalam setiap pek.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Mamee-Double Decker Sdn Bhd iaitu How Yuan Yi, beliau sememangnya teruja dengan perisa unik Rendang Legenda kerana sedar di pasaran hanya terhad kepada perisa berasaskan kicap atau perisa yang amat pedas saja.

Namun, dengan keupayaan R&D Mamee digabungi cita rasa rakyat Malaysia, mereka dapat hasilkan cita rasa tempatan yang disukai ramai.

Sebagai jenama Malaysia yang dibuat untuk warga Malaysia, kami berbangga untuk menyatukan orang ramai melalui pembangunan produk makanan yang menarik secara berterusan!

Sebagai duta jenama Mamee Chef, Dato’ Sheila Majid serta anak perempuannya yang juga merupakan penyanyi hip-hop iaitu Kayda Aziz telah menerbitkan sebuah lagu baharu dan muzik video Kenikmatan Legenda dapat ditonton di platform YouTube.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas