Connect with us

Oh! Media

4 Fakta Menarik Tentang Microbiome & Bagaimana Ia Membantu Untuk Kulit Jadi Flawless!

Branded

4 Fakta Menarik Tentang Microbiome & Bagaimana Ia Membantu Untuk Kulit Jadi Flawless!

Akhir-akhir ni popular betul penggunaan teknologi skin microbiome. Oh! Media masa first time dengar pun tercengang kejap. Microbiome? Apa tu? Macam nama bakteria pula!

Kalau korang nak tau, microbiome ni merupakan gabungan perkataan micro (mikroorganisma) dan biome yang bermaksud ekosistem atau saling bergantungan. Microbiome ni boleh dijumpai pada sistem penghadaman dan juga organ terbesar manusia iaitu kulit. 

Sebab ramai yang masih tak familiar dengan microbiome ni, Oh! Media nak kongsikan fungsi dan bagaimana microbiome menjalankan tugas melindungi kulit manusia.

1) Benteng pertahanan daripada serangan penyakit

Microbiome pada kulit bertindak sebagai benteng pertahanan utama yang mencegah daripada jangkitan mikroorganisma seperti virulen, radiasi UV, toksik dan sebagainya. 

Selain mencegah ia turut berfungsi menyerap bahan-bahan yang bermanfaat pada kulit supaya kulit dapat mengekalkan kelembapan dan mengelakkan masalah kulit kering dan dehidrasi.

Kulit yang mempunyai microbiome yang seimbang  terbukti dapat menyuburkan kandungan bakteria baik disamping merencat perkembangan bakteria jahat (enteropathogens) dalam persaingan merebut sumber nutrien.

2) Wujudkan keseimbangan kulit

Kajian juga mendapati microbiome yang hidup pada kulit memberi impak besar pada keadaan struktur kulit. Apabila berlaku ketidakseimbangan microbiome pada kulit, ia akan menyebabkan badan manusia menjadi lemah, maka timbullah penyakit berkaitan kulit. 

3) Kurangkan tahap reaktif kulit

Kulit reaktif membawa maksud yang sama dengan kulit sensitif. Masyarakat hari ini sering terdedah dengan pencemaran persekitaran dan penggunaan produk pembersihan diri secara berlebihan sehingga merosakkan skin barrier. Dengan kehadiran microbiome yang seimbang kulit menjadi kurang sensitif dan paling penting lebih sihat.

4) Meningkatkan imuniti kulit

Atas kulit manusia yang sihat, Staphylococcus Epidermis merupakan salah satu mikroorganisma penting yang membantu menguatkan ketahanan kulit daripada jangkitan pathogen.

Bagi yang mempunyai masalah kulit berkaitan imunisasi seperti Eczema, Psoriasis dan Actopia Dermatitis, pertahanan kulit mereka terjejas kerana masalah ini adalah berterusan dan berulang.

Sekarang mesti korang dah faham betapa pentingnya fungsi microbiome pada kulit kan? Jadi bagaimana pula nak pilih produk pembersihan diri yang sesuai bagi memastikan keseimbangan microbiome pada kulit kita?

Shokubutsu Natural Protection rakan pelindung seisi keluarga

Memandangkan sekarang kita berada dalam keadaan endemik dan perlu memastikan kebersihan menjadi keutamaan, penting untuk kita memilih produk pembersihan diri yang mampu memberi perlindungan menyeluruh dari bakteria dan pada masa yang sama lembut dan tidak merosakkan keseimbangan microbiome!

Shokubutsu ada jawapan kepada permasalahan korang, melalui rangkaian terbaru cucian badan dan cecair cucian tangan, Shokubutsu Natural Protection, ia memberi perlindungan anti-bakteria semula jadi bukan sahaja kepada kulit malah mengekalkan keseimbangan microbiome.

Diperkaya dengan 100% minyak shiso organik, Shokubutsu Natural Protection membantu memberi perlindungan kepada kulit dari kuman tanpa menghapuskan mikrobioma kulit.

Ia telah terbukti berkesan dengan 99.9% pembasmian kuman melalui ujian makmal. Kandungan prebiotik berasal tumbuhan turut membantu menguatkan daya ketahanan kulit.

Bagi yang mempunyai masalah kulit pula, korang tidak perlu risau kerana Shokubutsu Natural Protection turut diuji secara dermatologi dan terbukti selamat pada kulit daripada menjadi punca kerengsaan atau sebarang kepekaan (reaksi alergi) pada kulit. Ia turut sesuai untuk semua jenis kulit dan seisi keluarga.

Dipadankan bersama gliserin yang berasal tumbuhan, ia membantu mengekalkan kelembapan kulit walaupun selepas mengeringkan badan.

Ini penting tau kerana kebanyakan produk anti-bakteria yang ditawarkan di pasaran bersifat mengeringkan dan meninggalkan rasa tidak selesa pada kulit selepas digunakan. 

Menawarkan 4 varian cucian badan, Shokubutsu Natural Protection Complete Care, Refresh & Go, Energize dan Aqua Cool dengan isipadu 220g (Complete Care, Refresh & Go) 800g dan 900g (Complete Care, Refresh & Go, Energize dan Aqua Cool).

Manakala cucian tangan pula mempunyai 2 varian iaitu Protect dan Soothing Fresh dengan isipadu 300g dan 450g untuk kedua-dua jenis.

Shokubutsu Natural Protection ialah cecair cucian yang selamat kerana ia bebas kandungan paraben, pewarna sintetik dan mikroplastik yang menjadikannya sebagai pilihan semula jadi terbaik untuk digunakan seisi keluarga.

Inginkan kesegaran di bilik mandi dan melindungi keluarga daripada bakteria? Shokubutsu Natural Protection kan ada!

Menggunakan bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bersifat natural, patutlah jenama Shokubutsu selalu dapat perhatian ramai.

Untuk korang yang nak beli pencuci badan atau tangan tu, pastikan Shokubutsu Natural Protection dulu baru beli tau. Korang boleh dapatkannya di pasaraya atau farmasi berdekatan. Nak lebih mudah terus add to cart di Shopee.

Untuk lebih maklumat mengenai Shokubutsu Natural Protection, korang boleh terus klik di SINI.

Pilih dan berubahlah kepada cucian yang lebih natural untuk melindungi diri korang dan seisi keluarga.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas