Connect with us

Oh! Media

Cuaca Panas & Ruang Berpendingin Hawa Buat Wajah Kering? Tambah Rutin INI Untuk Jaga Kulit!

Branded

Cuaca Panas & Ruang Berpendingin Hawa Buat Wajah Kering? Tambah Rutin INI Untuk Jaga Kulit!

Kulit kering merupakan masalah wajah yang sering dihadapi oleh ramai individu. Ada yang mengaitkannya dengan cuaca yang panas dan ada juga yang mengatakan ia berpunca daripada hormon.

Kedua-dua tidak salah.

Kalau korang nak tau, wajah korang bukan hanya kehilangan lembapan ketika berada di luar. Malah, jika korang bekerja dalam keadaan berpendingin hawa, ia turut mempengaruhi kelembapan wajah korang tau.

Selain itu, faktor tekanan dan kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi kesihatan kulit dan menjadi punca kulit kering. 

Tapi sebenarnya korang kena tau, ada tips mudah bagaimana korang boleh cegah masalah ni. Hanya tambah SATU rutin dalam penjagaan wajah korang.

Tips Wajah Kekal Sihat. Jangan Skip Gunakan Pelembap Wajah!

Kalau selama ini kita sering ditekankan dengan kepentingan menggunakan serum atau krim pelindung matahari. Sebenarnya ada satu benda yang sering kita lupakan ialah pelembap!

Pelembap sangat PENTING untuk kesihatan kulit wajah seperti mana pentingnya air dalam kehidupan seharian kita.

Kalau korang tidak menggunakan pelembap wajah secara konsisten, sebenarnya korang sedang mendedahkan kulit wajah kepada dehidrasi. Bila kulit tak dapat penghidratan secukupnya, maka ia mula menjadi kering dan mengelupas.

Inilah sebab utama solekan korang menjadi cakey dan kulit muka kasar tau! Selain tu, tanpa kelembapan yang cukup juga, wajah akan kelihatan tua sebelum usia kerana nampak kering dan kusam. 

Tak mahu…. Takutnya!!!!

Kembalikan lembapan pada wajah dengan Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer 

Kalau sebut je Neutrogena, rasanya semua tahu yang jenama ini agak terkenal sebagai salah satu pelembap terbaik di pasaran dan sering menjadi pilihan mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kering.

Kini dengan formulasi baru, Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer hadir dengan kandungan 20% lebih Asid Hyaluronik yang membantu mengekalkan kelembapan dan memberikan penghidratan sehingga 5 KALI GANDA untuk kulit wajah SERTA penghalang kelembapan kulit jadi 80% lebih kuat!

Ia juga mampu memerangkap lembapan sehingga 72 jam lamanya. Wow!

Faktor Kelembapan Semulajadi (NMF*) yang terkandung dalam pelembap ini adalah seperti Asid Hyaluronik, Elektrolit dan 9 jenis Asid Amino membantu kulit wajah menyerap Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer sekaligus menjadikan kulit tampak mulus.

*NMF merupakan faktor penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan ia akan berkurangan mengikut usia serta tahap pendedahan kepada persekitaran luar. 

Tekstur gel yang menyerap dengan pantas

Pengalaman peribadi penulis menggunakan Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer, kami sejujurnya sukakan tekstur gelnya yang mudah menyerap kedalam kulit.

Ia lembut pada kulit dan telah diuji secara klinikal dan tidak menyebabkan sebarang iritasi Pelembap ini juga selamat untuk mereka yang berkulit sensitif. 

Kandungan Asid Hyaluronik bertindak mengekalkan rasa lembap pada kulit supaya penghidratan kekal berpanjangan, manakala Amino Asid pula membantu menyokong dan menguatkan penghalang kulit. Akhir sekali Elektrolit, berfungsi untuk meningkatkan penyerapan bahan ke dalam kulit. 

Dengan gabungan bahan-banan terbaik, Neutrogena Hydro Boost Water Gel menjadi agen penghalang dan membantu kulit membina 80% ketahanan kulit, menjadikan kulit  kembali berseri!

Bila Waktu Terbaik Menggunakan Pelembap?

Ramai sebenarnya tak tahu, bila waktu terbaik nak gunakan pelembap ni. Mudah saja guys!

Selepas mandi dan mencuci muka, keringkan wajah korang dengan tuala bersih. Kemudian. apply toner, losen dan serum. Selepas tu, korang hanya ambil sedikit Neutrogen Hydro Boost Water Gel Moisturizer ratakan pada wajah. Mudah je kan?

Gunakan Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer ini 2 kali sehari setiap kali lepas cucian tau. Barulah kulit rasa segar! 

Bukan itu saja, disebabkan pelembap ini bersaiz kecil, ianya mudah untuk dibawa kemana saja korang pergi. Tiada lagi alasan untuk kulit kering!

Ucapkan selamat tinggal untuk kulit kering dengan Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer

Keistimewaan yang dibawakan oleh Neutrogena kali ini Neutrogena Hydro Boost Water Gel merupakan produk pertama yang menggunakan balang yang boleh dikitar semula.

Berbanding jar biasa, Neutrogena 19% lebih jimat plastik, manakala pod isian semulanya membantu menjimatkan 89% penggunaan plastik.

Lagi best, Neutrogena hadir dengan pod isian semula yang pertama dalam rangkaian mereka tau dan korang boleh dapat penjimatan 20% bila beli pek isian semua ni!

Kalau korang berminat nak cuba sendiri rangkaian Neutrogena Hydro Boost Water Gel, korang boleh dapatkannya di farmasi Guardian berdekatan atau secara atas talian.

Pssstt… Sekarang tengah ada promosi bermula dari bulan ni sampai bulan November tau!

Korang boleh menikmati diskaun 20% bagi produk Neutrogena Hydro Boost Water Gel dan rangkaian Hydro Boost yang terpilih.

Tunggu apa lagi? Kembalikan kelembapan dan kesegaran kulit wajah lebih pantas dengan Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Neutrogena atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas