Connect with us

Oh! Media

JAIS Arah Buka Kembali Masjid Yang Ditutup Sementara Oleh Pihak Masjid Selepas Ahli Jemaah Sah Terkena Covid-19!

D757f8d8 2506 475b a352 6a689274b54apng

Trending

JAIS Arah Buka Kembali Masjid Yang Ditutup Sementara Oleh Pihak Masjid Selepas Ahli Jemaah Sah Terkena Covid-19!

Kes berkaitan isu wabak atau virus Covid-19 semakin melarat apabila yang terkini sebuah masjid, Masjid Al-Munawwarah di Seksyen 27 terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan sanitasi. Ini menyebabkan aktiviti solat fardhu di masjid berkenaan terpaksa dibatalkan.

Menurut info dari Berita Harian, salah seorang jemaah masjid berkenaan telah sah dijangkiti dengan Covid-19 setelah pulang bercuti dari Vietnam. Pihak pengurusan masjid mengesyorkan agar semua jemaah dan ahli kariah bersolat di rumah masing-masing sementara kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dijalankan.

Sumber gambar dari Berita Harian

Pihak pengurusan masjid turut menjelaskan bahawa azan akan dikumandang seperti biasa oleh pegawai masjid namun tidak digalakkan untuk hadir ke masjid. Notis pemberitahuan turut ditampal dihadapan pintu pagar untuk memaklumkan perkara berkenaan.

IKLAN

Meskipun begitu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS telah mengeluarkan kenyataan, mengarahkan agar masjid berkenaan dibuka semula. Menurut JAIS, penutupan premis hanya akan dilakukan sekiranya mendapat arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. JAIS juga meminta pihak pengurusan masjid untuk mengenalpasti jemaah yang positif dengan wabak berkenaan untuk tindakan susulan.

Setelah itu pihak pengurusan masjid tampil menjelaskan bahawa, masjid berkenaan tidak ditutup sepenuhnya cuma tidak menggalakkan untuk ahli kariah dan jemaaah untuk solat dimasjid berkenaan kerana kerja-kerja pembersihan dan sanitasi belum dilakukan lagi dan akan dijadualkan dilakukan pada hari esok.

OHMEDIA: DIHARAPKAN AHLI KARIAH SERTA JEMAAH MENGIKUTI SARANAN YANG DICADANGKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN MASJID MESKIPUN MASJID BERKENAAN TIDAK DITUTUP, KERANA KHUATIR WABAK INI SEMAKIN MENULAR MEMANDANG KERJA-KERJA PEMBERSIHAN BELUM LAGI DILAKUKAN.

Sumber: Berita Harian | Berita Harian

+ Baca respon pembaca JAIS arah buka kembali masjid di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas