Trending
“Dah Salah, Lagi Nak Tunjuk Samseng” – Netizen Berang Pemandu Mercedes Salah Guna Laluan Kecemasan
Laluan lorong kecemasan di lebuh raya itu disediakan khusus untuk tujuan kecemasan. Namun, terdapat segelintir pengguna jalan raya yang mementingkan diri dengan menyalahgunakan lorong kecemasan tersebut.
BACA: Berang Sistem Tidak Berfungsi, Netizen Puji Tindakan ‘King’ Myvi Rempuh Palang Tol RFID
Pemandu guna laluan kecemasan
Baru-baru ini tular di Twitter satu video menunjukkan kenderaan jenis ‘Mercedes’ yang menggunakan laluan kecemasan ketika kesesakan lalu lintas di sebuah lebuh raya.
Salah Guna Laluan Kecemasan, lagi nak tunjuk Gengster. Kereta Mahal tapi pemandu bodoh. No Plat PB98.@PDRMsia @JPJ_Malaysia pic.twitter.com/3v7ueJ0DH2
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) April 27, 2022
Pemandu terbabit kemudiannya bertindak memberhentikan kenderaannya selepas tidak berpuas hati tindakannya menggunakan laluan kecemasan itu dihalang pengguna jalan raya yang lain.
Dia yang memberhentikan kenderaannya itu terus membuka tingkap dan menjenguk ke luar tingkap sebelum bertindak seperti membaling sesuatu kepada kenderaan yang menghalangnya itu.
Netizen berang dengan tindakan pemandu ‘Mercedes’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan pemandu ‘Mercedes’ terbabit kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Walaubagaimanpun, pemandu ‘Mercedes’ terbabit ketika ini difahamkan sedang dikesan oleh pihak polis bagi diambil tindakan selanjutnya.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU PAHAT
— Polis Diraja M’sia (@PDRMsia) April 27, 2022
Video Tular Melalui Media Sosial Memandu Secara Merbahaya.
Sumber: Polis Daerah Batu Pahat pic.twitter.com/NBgFNIiII7
Mungkin pemandu tersebut betul-betul berada dalam kecemasan. Tapi kalau betul pon dalam kecemasan, janganlah sampai memberhentikan kenderaan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Apa pandangan korang?
Kredit: Twitter isusemasaviral | Twitter PDRMsia
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
