Connect with us

Oh! Media

COVID-19 : Orang Awam Masih Bersikap Sambil Lewa, Beri Alasan Tidak Munasabah

Pelbagai2balasan2byang2blangsung2btidak2bmunasabah2bdari2bhasil2bsekatan2bjalan2braya2byang2bdijalankan2bmalam2btadipng

Trending

COVID-19 : Orang Awam Masih Bersikap Sambil Lewa, Beri Alasan Tidak Munasabah

Semua orang harus duduk dirumah sekiranya tiada hal yang mustahak diluar kawasan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu yang telahpun dijalankan. Laporan Berita Harian mengatakan masih ada lagi orang awam diluar sana yang tidak mengikut apa yang diperintah kerajaan, keluar bersiar-siar ke Bukit Bintang dan Kuala Lumpur.



Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata yang arahan ini dilakukan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 tetapi masih ada lagi yang bersikap sambil lewa dan mengatakan untuk bersiar-siar, hendak membeli makanan, mahu menghantar barang dan pelbagai alasan yang langsung tidak munasabah dari hasil sekatan jalan raya yang dijalankan pihaknya malam tadi.

IKLAN



Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata yang sekatan jalan raya di kawasan Petaling Jaya turut dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Asisten Komosioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, Ketua Polis Daerah Cheras pula mengatakan yang pihak mereka menyampaikan hebahan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid sekitar Cheras kepada penduduk disana supaya duduk dirumah sekiranya tiada sebarang urusan penting diluar.

OHMEDIA : DUDUKLAH DIRUMAH, UNTUK KESELAMATAN DIRI KORANG DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA JUGA!

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca orang awam bersikap sambil lewa di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas