Connect with us

Oh! Media

Kecoh Nama Tauke Jambu Didakwa Miliki Dadah, Zamatul Amri Anggap Itu Semua Ujian Allah

Ohmedia taukejambu

Oh! Artis

Kecoh Nama Tauke Jambu Didakwa Miliki Dadah, Zamatul Amri Anggap Itu Semua Ujian Allah

Semalam kita dikejutkan dengan seorang lagi selebriti yang merupakan seorang pelawak, Zamatul Amri atau lebih popular dengan panggilan Tauke Jambu apabila didakwa memiliki dadah.

BACA: Pelawak Terkenal Bersama Empat Lagi Rakan Didakwa Miliki Dadah Jenis Ketamin

Zamatul yang didakwa bersama 4 orang rakannya itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin.

IKLAN

Selepas kecoh di media sosial, Zamatul kemudian hanya tampil melalui Insta Story dengan mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memberikan ujian seperti itu ke atas dirinya.

Zamatul turut berkongsi satu video perlawanan tinju dengan kapsyen yang tergantung seakan menujukan kepada seseorang.

“Mula2 kita kena teruk… tapi lepas tu….”

Dalam perkongsian terahirnya, Zamatul bergambar bersama seorang lelaki yang dipanggilnya sebagai kanda. Dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki terbabit kerana sentiasa bersamanya dan selalu memberi perangsang untuk terus bangkit.

Salam pertanyaan?

Zamatul turut berkongsi beberapa kata-kata dan antaranya mempersoal tentang fitnah akhir zaman.

Adakah kita tergolong dalam kalangan insan mukmin yang membenteras fitnah akhir zaman/manusia yang memutuskan silaturahim atau kita adalah golongan yang bersama mereka yang kafir dan menjadi sesat? Tanya dalam-dalam dari diri kita sendiri. – Tulisnya.

Apapun, kita doakan sahaja agar segala urusan Zamatul dipermudahkan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas