Connect with us

Oh! Media

Sah Pelawak Terkenal, Zamatul Amri Bersama Empat Lagi Rakan Didakwa Miliki Dadah Jenis Ketamin

tauke jambu

Oh! Artis

Sah Pelawak Terkenal, Zamatul Amri Bersama Empat Lagi Rakan Didakwa Miliki Dadah Jenis Ketamin

Lagi kes dadah melibatkan artis. Kali ini ia melibatkan pelawak terkenal, Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Jambu. Memetik laporan Bernama, Tauke bersama empat rakannya telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atau pertuduhan memilik dadah jenis ketamin.

ADVERTISEMENT

BACA: Yasin Sulaiman Didakwa Kes Berkaitan Dadah, Kirim Salam Pada Syed Saddiq

Semua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan itu dibacakan. Rakan lain yang terlibat bersama Tauke adalah, Brandon Cheong Kai Szern, 25, Muhammad Azman Johor, 28 dan dua wanita iaitu Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44.

Dalam dakwaan itu, mereka dididapati memiliki dadah jenis ketamin seberat 0.37 gram dan ditangkap di 15-01 Menara Up, Jalan Puchong pada 10 April jam 2.40 pagi.

Mahkamah kemudian dicadangkan mengenakan jaminan sebanyak RM4,000 setiap tertuduh oleh Pegawai Pendakwa, ASP Nom Phot Prackdit.

Tauke kemudian merayu agar jaminan direndahkan dengan alasan pendapatannya terjejas. Dia juga memaklumkan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Mahkamah kemudian memutuskan mereka semua diikat jamin sebanyak RM3,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 9 Jun sebagai sebutan semula kes.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas