Connect with us

Oh! Media

Resipi Ayam Goreng Guna Tepung Homemade, Rangup Sangat!

Article 2 25 3

Oh! Lifestyle

Resipi Ayam Goreng Guna Tepung Homemade, Rangup Sangat!

Pernah tak korang cuba buat ayam goreng ala-ala KFC dekat rumah? Kali ini Oh! Media nak kongsikan dengan korang, resipi ayam goreng guna tepung homemade, memang sedap tak terhingga lah!

Kalau teringin ayam goreng yang kick, dah tak perlu nak keluar rumah, buat je sendiri sebab bahan-bahan yang digunakan semua mesti dah ada dekat rumah.

Opt  aboutcom  coeus  resources  content migration  serious eats  seriouseatscom  2015  07  20210324 southernfriedchicken andrew janjigian 21 cea1fe39234844638018b15259cabdc2

Cara-cara

Bahan-bahan yang perlu ada adalah:

IKLAN
  • Ayam
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili

Semua bahan di atas agak-agak ikut kuantiti ayam yang korang gunakan, kalau banyak, yang lain pun kena lah letak lebih sikit.

Pertama sekali korang kena gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan biarkan seketika.

Sementara itu, korang bolehlah sediakan bahan-bahan untuk buat tepung homemade seperti:

  • 4 sudu besar tepung gandum, bergantung kepada kuantiti ayam
  • Secubit soda bikarbonat, tapi jangan banyak nanti rasa pahit.
  • Garam secukup rasa
  • Telur

Bila semua bahan dah lengkap, korang campur je semua bahan, kecuali telur ke dalam satu bekas dan gaul sebati.

Ambil bekas lain untuk pecahkan telur dan kacau rata.

Kemudian korang boleh celupkan ayam dalam telur dan lumurkan ayam pada tepung. Jangan lupa untuk ramaskan ayam supaya salutan tepung jadi lebih cantik.

Dah siap lumurkan ayam, korang goreng ayam secara deep fry, buka api sederhana je.

Bila dah masak, angkat dan sedia untuk dihidang! Mudah je kan? Lepasni bolehlah selalu gorengkan anak-anak ayam goreng ni, lebih muai dan jimat. Selamat mencuba!

ayam goreng

Kredit: Elis Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas