Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Takde Orang Viralkan? Semua Dah Duduk Atas Bumbung”, Netizen Gesa Bantuan Banjir Hulu Terengganu Dicepatkan

ohmedia banjir

Trending

“Kenapa Takde Orang Viralkan? Semua Dah Duduk Atas Bumbung”, Netizen Gesa Bantuan Banjir Hulu Terengganu Dicepatkan

Penduduk di lebih 20 kampung di daerah Hulu Terengganu terputus hubungan akibat situasi banjir yang makin memburuk.

Kebanyakan mangsa terpaksa berlindung di atas bumbung rumah kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri berikutan air naik terlalu cepat.

Menurut laporan Utusan, paling teruk terjejas ialah kampung-kampung sekitar Tersat, Hulu Telemong dan Jenagur di Telemong di samping mukim Hulu Berang di Ajil.

IKLAN

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd. Safari Abu berkata, kira-kira 13 kampung di DUN berkenaan terjejas dan pihaknya masih mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Banjir kali ini agak luar biasa dan operasi menyelamat masih giat dijalankan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menggesa orang ramai untuk menggunakan kuasa ‘viral’ bagi membantu mangsa yang terkandas.

Terlalu banyak kampung banjir bantuan pun tak cukup. – Tulis seorang pengguna Twitter.

Minta tolong viralkan kut-kut ada yang nak masuk lagi bagi bantuan, tak banyak gambar sebab semua sibuk cari tempat berteduh. – Tulis seorang lagi warganet.

Kita harapkan bantuan dapat segera diberikan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di sana. Ohmedia tadipun ada kongsi Abang Viva turut sedang lakukan persediaan untuk ke Hulu Terengganu.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas