Connect with us

Oh! Media

“Berani Kerana Benar!” – Bekas Menantu Nafi Majlis Kahwin Ditanggung, Chef Wan Balas Balik!

Cover Photo Om 1200 X 675 51

Oh! Artis

“Berani Kerana Benar!” – Bekas Menantu Nafi Majlis Kahwin Ditanggung, Chef Wan Balas Balik!

Sejak semalam kecoh diperkatakan apabila Chef Wan menerima surat saman berjumlah RM1 juta daripada bekas menantu, Shikin Maembong.

Menurut cef selebriti ini, dia dituntut saman malu berpunca daripada teguran terbukanya di Instagram beberapa bulan lalu.

Dakwa Chef Wan lagi, selama ini dia banyak berkorban termasuk menanggung kos perkahwinan anak namun disangkal Shikin Maembong.

IKLAN

BACA: “Memang 100% Duit Sendiri, Tak Ada Satu Sen Pun Duit Bapa Mentua Saya” – Shikin Maembong

Terbaru, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mendakwa penjelasan bekas menantu adalah tidak benar.

Chef Wan selar kenyataan bekas menantu

Chef Wan

Ujar cef selebriti berusia 65 tahun itu lagi, dia mempunyai saksi yang ikut sama membantunya menguruskan majlis kahwin dan membayarnya dengan wang sendiri.

Wow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kawinkan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja lepas tu mengaku openly konon di FITNAH?

Kita miskin juga asal dari sampah sarap tapi mak bapak kita tidak ajar kita kurang ajar dengan orang tua-tua apa lagi to bite the hand that once feed you and your family.

Katanya lagi, anak sendiri mengaku tidak mempunyai duit untuk berkahwin jadi dia mengambil keputusan untuk menguruskan semuanya.

Chef Wan berkata dia akan membuktikan bahawa dia tidak menfitnah.

Perkongsian penuh:

Kredit: Instagram Chef Wan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas