Connect with us

Oh! Media

Zulin Aziz Sarankan Golongan Artis Wujud Satu Tabung Khas Bagi Bantu Rakan Artis Lain Yang Memerlukan

224ad9b4 c066 443d a2bb 77d0ac7c5578png

Oh! Artis

Zulin Aziz Sarankan Golongan Artis Wujud Satu Tabung Khas Bagi Bantu Rakan Artis Lain Yang Memerlukan

Baru-baru ini, seorang pelakon dan juga pengacara iaitu Zulin Aziz memuatnaik satu posting di Instagramnya, @zulinaziz memberi pendapat kepada golongan artis supaya mewujudkan satu tabung khas bagi membantu pendapatan rakan artis yang lain yang sedang terjejas.

Menurut Zulin, beliau mengatakan bahawa mana-mana artis yang berkemampuan boleh memberi sumbangan ke dalam tabung tersebut untuk memberi kepada rakan artis yang memerlukan dan mereka yang di belakang tabir. Haa, yang ni Ohmedia setuju dengan pendapat Zulin!

Why not kita sesama artis yang mana yang mampu, buat satu tabung bantuan untuk bantu sesama kita dalam industry yang mana benar-benar kehilangan pendapatan tak kira artis itu sendiri atau mereka yang di belakang tabir. Sesiapa yang nak bantuan boleh rujuk pada sekian sekian…ha macam tu. Ini pendapat sayalah. Daripada kita minta bantuan khas kerajaan, ramai antara kita yang mampu. Kalau seorang sikit hulur bantuan, kita pun boleh bantu mereka, InsyaAllah. Okay tak?

Rata-rata ramai netizen dan rakan artis bersetuju dengan cadangan Zulin. Artis macam ni lah kita nak! Dahlah bijak, kelakar, pandai pula tu. Ohmedia harap lepas ni tak ada pergaduhan diantara golongan artis dan netizen disebabkan bantuan khas daripada pihak kerajaan ni.

IKLAN

OHMEDIA: ZULIN AZIZ IS THE BEST!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca sokong Zulin Aziz di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas