Connect with us

Oh! Media

Apa Rahsia Sorot Lelaki Paling Bahagia Dalam Dunia Berjaya Kahwini 8 Isteri Muda Dan Cantik?

Ohmedia poligami

Oh! Lifestyle

Apa Rahsia Sorot Lelaki Paling Bahagia Dalam Dunia Berjaya Kahwini 8 Isteri Muda Dan Cantik?

Mungkin apa yang lelaki ini berjaya lakukan akan dijadikan bahan bukti untuk memujuk isteri selepas ini, haha! Baru-baru ini kecoh pula tentang seorang pelukis tatu di Thailand apabila mempunyai lapan orang isteri muda cantik yang tinggal sebumbung dalam suasana bahagia.

Lelaki yang dikenali sebagai Ong Dam Sorot itu berkongsi kisah bahagia keluarga besarnya dalam satu program di Thailand dan berjaya menarik perhatian seluruh dunia.

Sorot turut memperkenalkan seorang demi seorang isteri mudanya yang berkongsi bagaimana mereka bertemu dan bersetuju untuk berkahwin dan bermadu dengan isteri-isteri lain.

IKLAN

Lapan isteri turut beritahu suami mereka sebagai lelaki paling baik, bertimbang rasa dan mudah bergaul.

SOROT ketika bersiar-siar bersama isteri-isterinya.
Sorot bersama enam isterinya dan seorang anak lelaki. Lagi dua isteri baru belum ada lagi kot masa ni.

Kata Sorot, dia bertemu isteri pertama, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya dan melamarnya terus untuk berkahwin, sementara isteri kedua, Nong L ditemui di pasar dan Nong Nan, isteri ketiga di hospital.

Isteri keempat hingga keenam pula berkenalan melalui aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok. Sehinggakan ketika ke kuil bersama ibunya, Sorot turut berjaya memikat isteri ketujuh.

Isteri terbarunya pula iaitu kelapan dikenali semasa bercuti di Pattaya bersama empat isterinya. Lain level brader ni, bawa isteri bercuti pun sempat lagi cari isteri baru.

Pria memiliki 8 istri

Bagi kami isteri pertama paling kental weh! Agaknya macam mana Sorot ni ayat nak bermadu?

Berdasarkan apa yang diceritakan isteri pertama, Sorot jujur sampaikan hasrat untuk bermadu dan itu membuatkan dia bertambah sayang kepada suaminya dan bersetuju.

Isterinya yang lain juga turut bersetuju untuk berkahwin dengan Sorot walaupun sudah mengetahui bakal suami sudah ada banyak isteri kerana terpikat dengan budi baik Sorot.

Lapan isteri Sorot sekarang tinggal dalam bilik berasingan di mana dua orang setiap bilik. Mereka juga tiada masalah untuk mengikut giliran untuk bersama-sama suami. Bahagia betul bila dengan cerita Sorot ni. Kuikui!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas