Connect with us

Oh! Media

“Dahlah Bod*h Pancung, Lepas Tu Koyak” – Abang Kopiah Tunjuk Lagak Samseng, Tahan Kereta Ajak Gaduh

2437c9d6 0a2c 4f4e a076 dc3253677679

Trending

“Dahlah Bod*h Pancung, Lepas Tu Koyak” – Abang Kopiah Tunjuk Lagak Samseng, Tahan Kereta Ajak Gaduh

Biarpun kita sudah mematuhi peraturan ketika memandu, pasti ada segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan melanggar peraturan yang sedia ada.

BACA : “Boleh Bocor Kepala Budak” – Lelaki Ini Kongsi Foto Taman Permainan Paling Bang*ng Tahun 2022?

Terbaharu, tular sebuah video di Twitter dimana ia memaparkan seorang pemandu Proton Perdana menunjukkan lagak ‘gangster’ nya di atas jalan raya apabila gagal memotong barisan di satu lorong di kawasan Setia Taipan.

IKLAN

Kerana tidak berpuas hati gagal memotong barisan, individu terbabit mengejar dan menghalang laluan pemilik kereta yang merakam kejadian menggunakan dashcamnya di kawasan perumahan untuk menghantar rakan pulang.

Melihat dari video yang dimuat naik, lelaki berkopiah hitam itu turun dari kereta dengan tidak memakai pelitup muka dan berjalan seakan-akan ‘samseng’ menghampiri kereta pemilik dashcam terbabit.

Walau bagaimanapun, individu lelaki itu melarikan diri selepas mengetahui pemilik dashcam akan ke balai polis bagi menunjukkan bukti kesalahan pemandu Proton Perdana yang dirakamkan dengan kamera hadapan dan belakang kereta.

Daf390d7 c4cd 48c7 a02a f917786f9205

Difahamkan melalui ruangan komen, mendapati kenderaan tersebut mempunyai 38 saman yang bernilai RM8,150 dan rata-rata warganet meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu itu.

Kredit: Twitter @vicensolorenzo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas