Connect with us

Oh! Media

Viral Muka Macam Janna Nick, Yassin Tak Halang Isteri Aktif Media Sosial

Yassin

Oh! Artis

Viral Muka Macam Janna Nick, Yassin Tak Halang Isteri Aktif Media Sosial

Orang ramai meluahkan rasa teruja pertama kali melihat isteri Yassin Yahya di media sosial. Mana tidaknya, Yassin sebelum ini tidak pernah mendedahkan foto ahli keluarganya secara terbuka.

Kebetulan pula baru-baru ini viral video di TikTok memaparkan Yassin dan isteri melayani anak kecil mereka menari di aplikasi itu.

BACA: “Ingatkan Janna Nick” – Jarang ‘Expose’ Keluarga, Netizen Puji Isteri Dan Anak Yassin Senario

IKLAN

Netizen memuji kecantikan isteri pelawak ini yang dikatakan persis pelakon popular, Janna Nick.

Menerusi mStar, bekas anggota Senario ini memberitahu dia tidak menghalang isteri untuk aktif di media sosial selepas terkena tempias viral.

Isteri dah boleh terima dunia glamor. Saya dah beritahunya bahawa sekarang ini sesuatu perkara mudah jadi viral.

Saya tak halang dia aktif di media sosial. Nikmatilah waktu sekarang ini.

Yassin walau bagaimanapun berharap isteri menjaga batas dan tidak berlebihan.

Tambahnya lagi, sebelum ini dia lebih suka dikenali dengan kerjaya sendiri. Namun akur apabila hal rumah tangga mula jadi perhatian.

Saya seorang yang berbeza jika berada di rumah. Jadi lebih senang untuk asingkan kisah peribadi.

Untuk rekod, Yassin telah berkahwin pada tahun 2011 dengan seorang wanita dikenali sebagai Farah Waheeda. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Aulia Zawarda berusia lima tahun.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas