Connect with us

Oh! Media

Penilaian KKM Akan Menentukan Lanjutan PKP

thumbnail2barticle2b2528472529png

Umum

Penilaian KKM Akan Menentukan Lanjutan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bergantung kepada penilaian Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada ianya akan dilanjutkan ataupun tidak selepas fasa kedua PKP, 14 April ini. Berkemungkinan PKP tidak akan dilanjutkan sekiranya trend jumlah yang positif pandemik tidak menaik dan hanya mendatar seperti yang direkodkan sekarang ini disebabkan kepatuhan rakyat kepada PKP.

Selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di Pejabat Menteri sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan) mengatakan syukur apabila trend dari segi jumlah positif tersebut sekarang ini tidak menaik dan hanya mendatar daripada laporan KKM. Ismail Sabri juga ada mengatakan yang beliau percaya ianya bukan sahaja mendatar, tetapi mungkin trend nya akan menurun dan sama-samalah kita berdoa supaya semua orang mematuhi PKP dengan baik.

Mesti ramai orang di luar sana yang tertanya-tanya, adakah PKP ini akan dilanjutkan betul tak? Keputusan sama da PKP akan dilanjutkan ataupun sebaliknya masih belum dipastikan oleh pihak KKM. Jadi, kita sama-samalah usaha untuk ikuti segala perintah yang diarahkan kerajaan supaya ianya tidak dilanjutkan dan penurunan kes positif covid-19 akan berlaku.

IKLAN

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca KKM penentu lanjutan PKP di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas