Connect with us

Oh! Media

Perlu Cipta Vaksin Lain, Dos Penggalak Tak Mampu Lawan Omicron?

Article 3 13 1

Trending

Perlu Cipta Vaksin Lain, Dos Penggalak Tak Mampu Lawan Omicron?

Amaran telah dikeluarkan oleh Sekumpulan Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu pengulangan dos penggalak vaksin Covid-19 bukanlah satu strategi yang mampu untuk mencegah varian baru.

BACA: Omicron Bakal Menjangkiti Semua Orang Pada Akhirnya, Vaksin Khas Bakal Muncul Mac Ini?

Menurut laporan Utusan, WHO menjelaskan, pemberian suntikan baru vaksin Covid-19 yang sedia ada ini bukanlah satu langkah terbaik untuk melawan virus yang baru muncul.

IKLAN

Pemberian dos penggalak berulang kali tak sesuai dan tak berhasil

553

Menurut Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin Covid-19 (TAG-Co-VAC), strategi memberikan dos penggalak berulang kali untuk komposisi vaksin asal adalah tidak sesuai dan tak berhasil.

Vaksin yang ada ini perlu dikemaskini untuk melawan varian baru, seperti Omicron yang merebak pantas di seluruh negara.

Pengeluar vaksin perlu berusaha mencipta suntikan yang menimbulkan tindak balas imun yang kuat dan tahan lama bagi mengurangkan keperluan untuk dos penggalak berturut-turut.

Lapan versi vaksin telah mendapat kelulusan WHO dan setakat ini, 331 calon vaksin sedang dibangunkan di seluruh dunia. Sementara vaksin baru belum ada, komposisi vaksin Covid-19 semasa perlu dikemas kini, menurut WHO.

Semoga ujian wabak ini akan cepat berakhir dan kita semua dapat hidup seperti biasa. Bila makin lama, makin banyak vaksin nak kena ambil, penat juga kan? Haha kita tengok jela apa rancangan dan solusi yang kerajaan ada untuk rakyat Malaysia.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas