Connect with us

Oh! Media

“Stop Kecam, Dia Tak Sihat” – Viral Wanita Live Seperti ‘Ajaran Sesat’ Di Mekah

Cover Photo Om 1200 X 675 6

Trending

“Stop Kecam, Dia Tak Sihat” – Viral Wanita Live Seperti ‘Ajaran Sesat’ Di Mekah

Seorang wanita mengundang kecaman netizen apabila mendakwa dia didatangi Rasulullah SAW ketika berada di dalam sebuah hotel di Makkah.

BACA: Ketua Ajaran Sesat PMYT Selesai Isytihar Taubat Dan Akui Terpesong Dari Ajaran Islam Sebenar

Menerusi sesi live di Facebook, wanita ini dikatakan menyebarkan dakyah-dakyah yang boleh mengelirukan orang ramai.

IKLAN

Walau bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan wanita ini sedang berada dalam keadaan kecelaruan.

Menerusi screenshot komen yang tular di media sosial, seorang individu yang mengaku sebagai kakak memohon maaf dan merayu orang ramai berhenti mengecam adiknya.

Kakak

Kata individu ini lagi, pihaknya sedang berusaha untuk menasihati wanita itu daripada berterusan membuat kenyataan di Facebook live.

Whatsapp image 2022 01 07 at 110308 am
Whatsapp image 2022 01 07 at 110325 am

Memetik laporan Harian Metro, pendakwah bebas yang juga Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan menghadapi masalah berkaitan mental.

Dia hanya ulang perkataan sama yang kita semua sudah tahu seperti Na’am dan Ya Habibi. Ada juga sebutan Lakh yang tidak ada makna di dalam bahasa Arab.

Selain itu, dia ada sebut neraka jahanam, itu sudah tentu perkataan yang tidak disebut Rasulullah, jadi macam mana dia boleh berkomunikasi begitu.

Tambahnya, untuk memastikan tiada individu yang terpengaruh, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa agama mengambil tindakan ke atas wanita itu.

Video tular

@kingalsakran

sapa kenal akak ni cer bagitau sikit dia sapa

♬ original sound – ㅤ

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas