Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Tahu Dan Tak Minta Ia Dipindahkan Ke Akaun Peribadi Saya”

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 12 08t152904589

Trending

“Saya Tak Tahu Dan Tak Minta Ia Dipindahkan Ke Akaun Peribadi Saya”

Bekas perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dikekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Rayuan selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul.

BACA: Sudah Diputuskan! Sabitan Dan Hukuman Penjara Terhadap Bekas PM Najib Razak Kekal

IKLAN

Menerusi sidang akhbar bersama peguam bela Tan Sri Shafee Abdullah, Najib Razak meluahkan rasa kecewa dengan keputusan yang dibuat mahkamah pada hari ini.

Najibcaser 1638932437

Memetik laporan Kosmo!, Najib Razak dilaporkan telah mengarahkan pasukan pembelanya membuat rayuan dengan segera.

Isu utama mengenai SRC International Sdn. Bhd. ialah mengenai RM42 juta yang telah dipindahkan ke akaun peribadi saya. Ingin saya ulangi bahawa saya tidak tahu dan tidak meminta ia dipindahkan ke akaun peribadi saya.

Berkenaan dengan keputusan itu, peguam belanya berkata, pihaknya menghormati mahkamah namun mengingatkan mereka dibenarkan untuk mengkritik keputusan yang dibuat.

Najib turut mengulangi lafaz sumpah laknat menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Sidang media:

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas