Connect with us

Oh! Media

Sudah Diputuskan! Sabitan Dan Hukuman Penjara Terhadap Bekas PM Najib Razak Kekal

najib

Oh! Negara

Sudah Diputuskan! Sabitan Dan Hukuman Penjara Terhadap Bekas PM Najib Razak Kekal

Penantian dan harapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya terjawab selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan semua sabitan dan hukuman terhadapnya.

ADVERTISEMENT

Dengan itu, Najib didapati bersalah atas 7 pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi buat keputusan tepat

Keputusan ini mendapat kata sepakat tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera. Mereka semua mendapati Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dan membuat keputusan yang tepat terhadap tuduhan.

Untuk pengetahuan, Najib mengemukakan rayuan selepas dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga kes pengubahan wang haram.

Najib turut dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta atau lima tahun penjara bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan membabitkan dana SRC.

Jadi sama-sama kita nantikan respon Bossku!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas