Connect with us

Oh! Media

Pekerja Pasar Raya Didakwa Pijak Kanak-Kanak Lelaki Hingga Maut

Article 5 18 11 1

Trending

Pekerja Pasar Raya Didakwa Pijak Kanak-Kanak Lelaki Hingga Maut

Sering kali kita mendengar kes pembunuhan ke atas kanak-kanak kecil yang tidak berdosa. Kejadian di Rompin, Pahang, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat dibunuh oleh seorang pekerja pasar raya.

BACA: Ibu Saudara Kanak-Kanak Jatuh Tingkat 16 Ditahan, Ada 5 Rekod Jenayah

Menerusi laporan Kosmo, pekerja pasar raya itu telah didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki yang berada di bawah jagaannya.

IKLAN

Dikenakan hukuman gantung jika sabit kesalahan

Screenshot 2021 11 18 at 10506 pm

Tertuduh hanya mengangguk faham dan tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin.

Kejadian pembunuhan itu berlaku di kampung Janglau, jam 2 pagi pada 11 November lalu mengakibatkan mangsa, Adam, meninggal dunia. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Semoga keadilan menyebelahi Adam, mangsa pembunuhan ini. Semoga Allah beri ketabahan buat keluarga Adam untuk menerima ujian yang menimpa keluarganya. Semoga yang tertuduh dikenakan tindakan yang setimpal dengan tindakan yang dilakukan itu.

Jika anda rasa tidak mampu untuk menjaga kanak-kanak, janganlah buat perkara terkutuk sebegini kerana ianya tidak mendatangkan sebarang faedah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas