Connect with us

Oh! Media

Ibu Saudara Kanak-Kanak Jatuh Tingkat 16 Ditahan, Ada 5 Rekod Jenayah

Trending

Ibu Saudara Kanak-Kanak Jatuh Tingkat 16 Ditahan, Ada 5 Rekod Jenayah

Di Batu Caves, Gombak, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium.

ADVERTISEMENT

BACA: Budak Perempuan Usia 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 29, Bapa Keluar Beli Barang Sekejap

Ketika kejadian, ibu mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal dikatakan tiada di rumah dan meninggalkan mangsa bersama adik lelaki berusia empat tahun dengan ibu saudara.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Mohamed mengesahkan ibu saudara berusia 36 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak

Berdasarkan siasatan awal, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah. Dalam satu kenyataan, Zainal berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis untuk permohonan reman.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian segera menghubungi balai polis berhampiran.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Nizar Adnan di talian 03-6126 2222/013-9961 892.

Terdahulu, ibu saudara mangsa menerusi laporan Bernama berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Semasa kejadian, dia sedang mandi dan mangsa baru sahaja bangun daripada tidur.

Siap sahaja mandi, dia menyedari mangsa hilang apabila tidak melihat kelibatnya di dalam rumah. Dia segera menghubungi ibu kandung melaporkan mengenai kehilangan itu.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas