Oh! Artis
“Iya Itu Memang Saya, So Kenapa Ada Masalah Ke?, Baby Shima Jawab Gambar Macam Bercium Di Kelab Malam
Pada
Oleh
Penyanyi dangdut Baby Shima tidak henti-henti terima kecaman dan kini sekali lagi dihimpit kontroversi apabila beberapa gambar miripnya dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan tersebar di media sosial.
Namun, Shima tampil mengeluarkan kenyataan seperti tidak berselindung atau menafikan perkara tersebut. Dia mengatakan apa yang dilakukannya itu tidak mengganggu orang lain dan merasakan tidak salah untuk dia berbuat demikian.
Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke?
Tambah Shima, dia merasakan yang dia tidak perlu untuk beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut kerana baginya ia tiada kepentingan untuk orang lain.
Menerusi beberapa gambar yang tersebar itu, Shima dilihat sedang bermesra dengan seorang lelaki dipercayai di sebuah kelab malam di ibu negara.
Lebih menimbulkan tanda tanya adalah apabila Shima seperti sedang mencium lelaki itu sambil memegang gelas minuman.

Dalam pada itu, Shima turut bertindak menyalahkan netizen apabila ditanya sama ada kontroversi yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini sengaja dibuat bagi meraih perhatian ramai orang.
Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, sebenarnya apa yang berlaku pada dirinya bukan untuk tarik perhatian orang atau hendak timbulkan kontroversi tetapi semuanya disebabkan mulut orang.
Ujar Shima lagi, daripada mulut orang dia meraih perhatian namun dia tidak mampu untuk menutup mulut setiap orang agar berhenti bercakap tentang dirinya.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Kamal Adli memohon maaf kepada Uqasha Senrose sekiranya kenyataannya tentang fasa sukar selepas bercerai menimbulkan salah...
Izzue Islam sebak apabila Achey dan isteri bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun, sekali gus...
Ustazah Asni Mansor fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, namun suaminya, Mounir mahu pertahan...
Amir Raja Lawak dibenarkan pulang dari HRPZ II selepas dua minggu dirawat akibat Influenza B dan...
Syida Melvin dipercayai berpindah ke rumah baharu bersama tiga anaknya demi keselesaan mereka, selepas kemelut rumah...