Connect with us

Oh! Media

Malaysia Bakal Ada Mekanik Pertama Dalam MotoGP Bersama Pasukan RNF Racing

146b21cc 13aa 4027 931b 9c1567a08604

Oh! Gear

Malaysia Bakal Ada Mekanik Pertama Dalam MotoGP Bersama Pasukan RNF Racing

Hhibbatuulah M Fuad bakal menjadi mekanik nombor tiga dalam pasukan RNF Racing pada MotoGP 2022 nanti. Pergh! Terbaiklah.

BACA : Hafizh Syahrin Sah Tidak Beraksi Kejuaraan Motosikal Dunia Tahun Depan

Menurut laporan Berita Harian, RNF Racing yang dimiliki Datuk Razlan Razali ini akan menjadikan Hhibbatuulah sebagai mekanik pertama dari Malaysia yang bekerja dalam kelas utama dalam MotoGP.

IKLAN

Hhibbatuulah akan membantu pasukan bagi menyediakan motosikal buat Darryn Binder untuk saingan kelas MotoGP musim depan. Sebelum ini, dia hanya menggalas tanggungjawab membantu pasukan Moto2 PETRONAS Sprinta Racing.

Habib amat layak untuk diberikan peluang ini dan Razlan sangatlah berpuas hati dengan cara dia bekerja sejak beberapa tahun lepas lagi.

Saya amat berbangga untuk mengambil Habib, seorang mekanik MotoGP Melayu, Malaysia yang ada di Kejuaraan Motosikal Dunia.

Tugasan mekanik nombor tiga adalah membantu mekanik nombor satu dan dua. Jadi, apa-apa yang berkaitan dengan motosikal, ketiga-tiga inilah yang akan bertanggungjawab. Yang membezakan dua dan tiga hanyalah pengalaman saja.

Tahniah Hhibbatuulah dan semoga terus sukses dalam dunia MotoGP.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas