Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Beruang Tersesat Ke Hospital Temerloh, Gemparkan Orang Ramai

Beruang

Trending

(VIDEO) Beruang Tersesat Ke Hospital Temerloh, Gemparkan Orang Ramai

Umum mengetahui, beruang merupakan mamalia karnivor berkaki empat dan hanya mempunyai lapan spesies di seluruh dunia. Ia juga dikategorikan sebagai haiwan yang terancam kepupusan.

BACA: Habitat Dimusnahkan, Tular Rakaman Seekor Beruang Matahari Hilang Arah

Di Malaysia sahaja, kita sering mendengarkan berita akan beruang matahari yang sering kali kelihatan apabila ingin mencari makan atau habitat mereka diterokai.

IKLAN

Beruang sesat di Hospital gemparkan orang ramai

Terbaharu, orang ramai digemparkan dengan kehadiran seekor beruang yang tersesat di sekitar Paya Pulai. Haiwan itu juga turut dilihat memasuki kawasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) sejak malam semalam.

Berdasarkan sebuah video yang tular, haiwan liar tersebut berkeliaran di sekitar kawasan tersebut selain turut dilihat memasuki kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan haiwan terssebut hanya sesat serta cuba melarikan diri daripada orang ramai.

Perhilitan berjaya melakukan penangkapan

Menurut laporan Kosmo, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang bagaimanapun telah berjaya menangkap beruang tersebut.

Pengarahnya, Rozidan Md. Yasin berkata, pihaknya telah menangkap haiwan yang berkeliaran tersebut kita-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Operasi menangkap haiwan berkenaan yang dilakukan oleh staf Perhilitan dengan kerjasama yang baik daripada penduduk kampung.

Beruang betina seberat 60 kilogram berusia antara dua hingga tiga tahun itu dibawa ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan di sini bagi rawatan dan pemantauan.

Rozidan berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap kakitangan Perhilitan dan orang awam dalam kejadian itu.

Tambahnya, berdasarkan pemeriksaan, haiwan seberat 60 kilogram itu dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas