Connect with us

Oh! Media

Habitat Dimusnahkan, Tular Rakaman Seekor Beruang Matahari Hilang Arah

Trending

Habitat Dimusnahkan, Tular Rakaman Seekor Beruang Matahari Hilang Arah

Sedih apabila melihat keindahan hutan yang menjadi tempat tinggal kepada haiwan-haiwan kian musnah akibat kerakusan manusia yang merosakkan alam sekitar. Perkara ini menyebabkan segala penghuni hutan termasuk binatang liar kini menjadi mangsa terhadap kerosakan itu akibat tempat tinggal mereka telah musnah.

ADVERTISEMENT

Perkara itu diterima nasib yang sama oleh seekor beruang Matahari apabila sebuah rakaman berdurasi 28 saat itu memperlihatkan haiwan itu kelihatan hilang arah selepas tempat tinggalnya musnah akibat pembalakan.

Video itu telah dikongsikan di laman Facebook milik Persatuan Haiwan Malaysia memaparkan seekor beruang Matahari sedang mencari kawasan perlindungan baharu dan lebih menyedihkan, kelihatan haiwan tersebut turut tercedera di bahagian kakinya.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah hutan di Kuala Lipis, Pahang yang sedang mengalami pembalakan besar-besaran dan bukan tujuan pembangunan serta ditingallkan begitu sahaja tanpa penanaman semula hutan menyebabkan banyak haiwan liar berkeliaran tanpa arah tujuan.

Hantaran yang dikongsi di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia memaparkan seekor beruang matahari kelihatan hilang arah selepas habitatnya dimusnahkan.

Katanya lagi di laman Facebook, pembukaan hutan itu bukan sahaja memusnahkan habitat haiwan liar, malah turut memberikan ancaman kepada manusia.

Pembukaan hutan dan pembalakan bukan sahaja memusnahkan habitat haiwan liar tetapi bakal mengundang musibah kepada manusia seperti banjir besar, kesan rumah hijau, pengurangan oksigen, pemanasan global dan pelbagai masalah lagi.

Tambahnya lagi, mereka menggesa kerajaan Negeri Pahang supaya mengelakkan lebih banyak kemusnahan hutan kerana ia akan menyebabkan kemusnahan sesuatu habitat dan mampu memberikan musibah kepada manusia.

Menerusi hantaran yang dikongsikan itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapatnya serta turut menzahirkan rasa marah melihat kerakusan manusia sehingga menyebabkan haiwan yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Kredit: Kosmo!, Persatuan Haiwan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas