Trending
“Jangan Lupa Orang Di Palestin” – Makan Sedap Tepi Pantai, Netizen Sindir Nadir Al Nuri
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerima kecaman gara-gara memuat naik status peringatan supaya tidak melupakan saudara Palestin.
BACA: ‘Rileks, Kerja NGO Ni Semua Ada Rekod’ – Nadir Al-Nuri
Dalam hantaran status itu, Nadir berkata dalam keseronokan merentas negeri dan pulang ke kampung, orang ramai harus ingat kepada saudara Palestin yang sudah 73 tahun menunggu untuk pulang ke kampung halaman mereka.

Hantaran ini walau bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa orang ramai. Netizen berpendapat, kenyataan yang dibuat itu merosakkan ‘mood’ gembira dibenarkan rentas negeri selepas setahun melawan pandemik.
Terbaru, Nadir disindir netizen selepas memuat naik foto sedang menikmati sarapan bersama tim Cinta Gaza Malaysia di Palestin. Dalam hantaran itu, mereka dilihat sedang menikmati hidangan di tepi pantai.


Nadir walau bagaimanapun menjelaskan, tempat sahaja nampak mewah tetapi kos makanan untuk 15 orang hanya RM100. Dia tidak kisah dengan kecaman dan menganggap orang ramai tidak mengenali siapa mereka dengan baik.




Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir netizen ‘membalas’ dengan menyatakan aktivis kemanusiaan itu perlu memikirkan kesusahan orang Palestin. Malah, dia tidak sepatutnya berseronok makan di tempat selesa seperti itu.
Kredit: Twitter Nadir Al-Nuri
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM