Connect with us

Oh! Media

‘Rileks, Kerja NGO Ni Semua Ada Rekod’ – Nadir Al-Nuri

88a10978 471e 4deb b714 009f513e2436

Trending

‘Rileks, Kerja NGO Ni Semua Ada Rekod’ – Nadir Al-Nuri

Ebit Lew telah membuat IG live semalam dan perjelaskan kesemua tuduhan atau persoalan daripada beberapa pihak berkenaan misi bantuan di Gaza baru-baru ini. Ebit Lew juga ada bertanya kepada Nadir Al-Nuri kemana duit sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta yang disumbangkan kepada Palestin.

BACA : ‘Saya Guna Duit Sendiri, Nadir Yang Patut Terangkan Mana RM20 Juta Yang Disumbangkan Ke Palestin’ – Ebit Lew

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri pula harini memuatnaik satu gambar di Instagram miliknya beserta kapsyen seolah-olah menjawab persoalan yang ditujukan kepadanya. 

IKLAN

Menerusi satu perkongsian di IG story, Nadir Al-Nuri perjelaskan bahawa kerja-kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memang ada rekod, dia akan menunjukkan segala bukti yang ada sekiranya diperlukan nanti.

93c5d3bf 2859 48ba 9512 e31eb048022c

Rilek guys. Saya okay je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah. Cuma sehari dua ni kena settle projek yang ni dulu.

Walaupun Nadir Al-Nuri tidak mention apa-apa nama, tapi ini mungkin jawapan kepada apa yang Ebit Lew tanya sebelum ini di IG live.

Apapun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan mereka ini akan terus membantu orang-orang yang memerlukan di luar sana.

Kredit: IG Story Nadir Al-Nuri

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas