Connect with us

Oh! Media

Didakwa Jadi Isteri Kedua Kepada Seorang Menteri, Ini Respon Balas Erra Fazira

Erra

Oh! Artis

Didakwa Jadi Isteri Kedua Kepada Seorang Menteri, Ini Respon Balas Erra Fazira

Baru-baru ini, tular di media sosial baru-baru ini mengaitkan pelakon, Erra Fazira yang secara tiba-tiba namanya dipetik telah berkahwin dengan seorang menteri.

BACA: “Berpisah Tak Semestinya Bermusuh”, Netizen Teruja Lihat Hubungan Awie & Erra

Perkara itu bermula apabila terdapat sebuah ciapan daripada pengguna Twitter yang menyatakan pelakon itu telah mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kedua kepada ahli politik itu.

IKLAN

Selain itu, pengguna twitter itu turut berselorah menyatakan adakah isteri kedua menteri tersebut tahu akan perkhabaran berita berkait dengan Erra Fazira.

Untitled design 2021 10 11t124013751 1

Selain itu, individu tersebut turut mendakwa perkhabaran tersebut adalah sahih selepas mendapat maklumat daripada jiran kepada pasangan pengantin itu.

Untitled design 2021 10 11t124105646 1 1

Apapun, dakwaan tersebut belum ada sebarang bukti sahih dan ianya hanyalah sekadar khabar angin dari netizen sahaja.

Erra Fazira seakan beri respon tentang perkhabaran itu

Sementara itu, seperti menjawab semua khabar angin yang berterbangan, pelakon itu dalam sebuah hantaran di Instagramnya enggan mengambil pusing mengenai dakwaan netizen itu.

Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini?

Apapun, manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok.

Erra bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut dalam mana-mana platform media sosialnya yang lain.

Walaubagaimanapun, netizen disarankan agar tidak mencetuskan sebarang spekulasi jika tiada sebarang bukti atau kenyataan rasmi daripada pelakon itu.

Kredit: Kosmo! I Instagram Erra Fazira I Beautiful Nara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas