Connect with us

Oh! Media

“Berpisah Tak Semestinya Bermusuh”, Netizen Teruja Lihat Hubungan Awie & Erra

Awie  Erra

Trending

“Berpisah Tak Semestinya Bermusuh”, Netizen Teruja Lihat Hubungan Awie & Erra

Aloo, sweetnya bila tengok primadona negara, Erra Fazira bagi hadiah birthday dekat Datuk Awie. Dua-dua nampak comel ya dalam posting terbaru di Instagram Erra Fazira.

128540150 2897435990545370 5602593264424446565 n

Teringat pula zaman-zaman diorang berdua masih bercinta satu masa dulu. Lagi-lagi waktu berlakon sama-sama dalam cerita Sembilu. Bukan hanya dalam filem, luar filem pun sama! Boleh kata noob lah kalau ada yang tak tahu pasal kisah cinta diorang. Tapi, nak buat macam mana. Walaupun sempat bertunang, jodoh mereka berdua tak panjang.

220px sembilu poster

Tapi yang buat peminat salute dekat diorang berdua sebab sampai sekarang, dua-dua masih lagi professional dalam bekerja. Berapa banyak filem dan program yang dah diorang jayakan even lepas putus. Friendship diorang pun masih kekal utuh sampai sekarang tau! Tengoklah, birthday Datuk Awie pun Erra masih celebrate lagi atas dasar persahabatan.

IKLAN

Dalam captionnya, Erra telah ucapkan happy belated birthday pada Datuk Awie serta rasa syukur atas pencapaian Awie hingga sekarang. Erra juga sempat ucap tahniah pada Datuk Awie dan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin kerana bakal timang cahaya mata baru tak lama lagi.

“Semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah, berjaya dan bahagia zahir batin, dunia akhirat. Jangan lupa gunakan set penjagaan rambut dari @faithfleurhq tau. Sangat bagus untuk masalah keguguran.” – katanya.

Rata-rata peminat pun turut zahirkan rasa gembira mereka bila tengok hubungan persahabatan antara Awie dan Erra yang macam takde apa pun berlaku. Ada juga yang mengusik kata takut luka lama berdarah kembali. Amboi, kemain kau ya!

128787045 239637267492166 3098453287264233488 n
128928145 951911608667803 1314813820341656553 n
128977620 2514781692148526 8999235698807489905 n
129671590 1046390875858379 8484572756471697893 n

Yelah, dunia ni pun tak besar mana. Pusing-pusing, jumpa orang tu juga. Tak salah pun kalau kita masih nak berkawan dengan orang yang pernah menggembirakan kita, asalkan kita tahu batas hubungan. Tak payah lah nak masam-masam muka.

Kredit: Instagram Erra Fazira

OHMEDIA : YANG TUKANG TULIS PUN SENDU TERINGAT EX ALAHAI …

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas