Connect with us

Oh! Media

Manusia Mengganas! Sampah Di Tepi Pantai Meningkat Tiga Kali Ganda

Ohmedia sampah

Oh! Lifestyle

Manusia Mengganas! Sampah Di Tepi Pantai Meningkat Tiga Kali Ganda

Sepanjang pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, bumi dan alam seakan dapat berehat selepas sekian lama diusik tangan-tangan manusia. Namun, selepas manusia kembali diberi kebebasan, adakah kita akan melakukan kerosakan yang sama?

Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Semenjak kerajaan memberikan kebenaran aktiviti luar di dalam daerah sama, kita sudah boleh lihat gambar yang menunjukkan sampah-sampah memenuhi sungai dan pantai.

Terbaru, kutipan sampah di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor sangat mengejutkan apabila meningkat tiga kali ganda selepas negeri itu beralih ke Fasa Tiga PPN. Berdasarkan laporan, jumlah kutipan sampah sepanjang Pantai Remis sekitar 100 kilogram sehari.

IKLAN
Kutip sampah di lautan hmfield image listing featured v2var 1590534035

MPKS turut melakukan pemantauan di kawasan itu dan mengingatkan pengunjung supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Ketika ini, tindakan penguatkuasaan secara berkala dilakukan selain rondaan bagi melihat kepatuhan orang ramai (terhadap SOP).

Jika tidak mematuhi SOP, penguat kuasa MPKS akan mengambil tindakan termasuk mengenakan kompaun terhadap pengunjung yang melakukan kesalahan. – Kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat.

Pihak kontraktor pembersihan pada waktu ini turut terpaksa beroperasi membersihkan kawasan setiap satu jam sekali. Ini amat penting bagi memastikan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa.

Jadi, bagaimana pula dengan kita? Jika sampah-sampah ini dibuang di tempat yang betul, ianya sudah cukup baik. Jika sebaliknya berlaku, diharapkan perbuatan tidak bermoral itu ditinggalkan dan bersama kita menjaga kebersihan alam sekitar.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas